Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amal Bertudung Setiap Jumaat Cara Ifa Raziah Belajar Istiqamah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amal Bertudung Setiap Jumaat Cara Ifa Raziah Belajar Istiqamah

Baru-baru ini dunia hiburan tanah air heboh memperkatakan mengenai perubahan imej selebriti popular Ifa Raziah yang mengenakan hijab penuh selepas gambarnya dengan imej terbaharu itu tersebar di laman sosial.

Menurut pengacara juga penyanyi dangdut ini, dia menerima banyak komen positif daripada peminat yang rata-rata meluahkan rasa gembira dengan perubahannya itu.

Pun begitu, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 41, ketika ditemui baru-baru ini mengakui beliau sebenarnya masih belum kekal bertudung namun sudah mengambil pendekatan secara perlahan-lahan untuk berhijrah.

“Tempoh hari saya bertudung kerana saya bertugas sebagai pengacara untuk Mood Republik yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.

“Walau bagaimanapun sebenarnya sejak beberapa bulan lalu saya sudah amalkan memakai tudung setiap hari Jumaat sebagai salah satu pendekatan untuk mendidik diri saya terus istiqamah ke arah itu.

“Saya akui setiap kali bertudung, hati saya saya dan rasa sangat tenang dan gembira. Hendak berubah ke arah kebaikan ini, bagi saya saya perlukan ruang dan sedikit masa.

“Jika satu hari nanti saya sudah nekad dengan imej tersebut, saya akan behijab dengan cara yang muslimah yang betul seperti mana yang dituntut dalam agama Islam. Tidak lagi pakai yang ketat-ketat. Sebab itu bagi saya, tutup aurat ni satu perkara yang sensitif.

“Kalau saya buat, biar dari hati saya sendiri. Saya buat kerana Allah bukan kerana peminat suka saya bertudung atau kerana orang lain,” tuturnya sambil mengharapakna semua pihak mendoakan yang terbaik untuknya.

Ifa yang juga merupakan Presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Jelajah Muzik Safi Balqis berkolaborasi bersama Sony Music, bertempat di Menara KL.

Dalam pada itu, Ifa berkata, beliau masih tetap meneruskan karier seninya meskipun tampil dengan imej berhijab.

“Saya tidak akan menghentikan karier saya misalnya dari segi nyanyian mungkin akan berdangdut secara islamiah,” katanya.

Sementara ditanya mengenai perkembangan kesihatannya, Ifa bersyukur kerana semakin sihat selepas menjalani pembedahan di bahagian perut, pada Feruari lalu akibat diserang empat penyakit iaitu empat jenis penyakit iaitu bengkak hati, refluks gastroesofageal, hiatus hernia dan fibroid.

“Alhamdulillah, sekarang kesihatan saya okay selepas jalani pembedahan Februari lalu. Selepas laporan media mengenai saya dimasukkan ke hospital pada Januari lalu, sebenarnya beberapa minggu selepas itu baru saya menjalani pembedahan.

“Selepas pembedahan, saya berehat di rumah selama dua minggu sebelum kembali aktif dan bekerja seperti biasa. Sekarang ini saya hanya jaga pemakanan saya saja seperti yang dinasihatkan oleh doktor,” katanya.

Mengenai perkembangan seni pula, Ifa juga sedang menguasai bahasa Indonesia bagi merealisasikan hasratnya mahu menembusi pasaran muzik di negara itu tidak lama lagi. Kongsinya, penglibatannya tahun lalu dalam program di sana iaitu D’Academy Asia 2 sebagai salah seorang pengulas telah membuka ruang dan peluang yang lebih luas untuknya memasarkan lagu sekaligus mencipta nama di sana.

“Saya bersama syarikat rakaman Sony Music dalam perancangan untuk menembusi pasaran muzik Seberang. Namun saya perlu mengikut beberapa syarat pihak di sana antaranya saya mestilah menguasai bahasa Indonesia, lagu saya dirakamkan di sana, hasil ciptaan juga adalah dari komposer di sana termasuklah pembikinan klip videonya nanti juga akan dijalankan di sana.

“Ketika di D’Academy Asia 2, di samping sebagai pengulas program itu, saya juga dapat berkenalan dan berjumpa dengan beberapa bintang dangdut di Indonesia malah mereka mengalu-alukan kedatangan artis Malaysia bagi memeriahkan muzik dangdut.

“Difahamkan, lagu saya adalah hasil ciptaan komposer yang pernah menghasilkan lagu untuk Cita Citata. Kalau ikut perancangan, pada bulan puasa nanti saya akan memulakan rakaman di sana,” katanya.

Selain itu, beliau akan terlibat dalam sebuah konsert dangdut yang akan diadakan di Singapura pada penghujung tahun ini yang turut menampilkan Dewi Persik dan Rosalina.

The post Amal Bertudung Setiap Jumaat Cara Ifa Raziah Belajar Istiqamah appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0ZN1s

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.