Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cadang Tapis Artis Luar Negara, Seniman Hantar MOU Kepada TPM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cadang Tapis Artis Luar Negara, Seniman Hantar MOU Kepada TPM

Menerusi laporan Harian Metro, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengesahkan pihaknya merancang menghantar memorandum kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mohd Zahid Hamidi bagi memastikan kemasukan artis dari luar negara, terdiri daripada artis berkualiti dan tertakluk kepada undang-undang Malaysia.

“Seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini, imej negara kita tercalar apabila pengacara dari Singapura, Najip Ali mempersenda Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam satu program bual bicara di negara jiran itu.

“Untuk memastikan mesej ini sampai, saya akan menghantar sendiri memorandum ke tangan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri,” katanya.

Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abd Jamil, perkara ini penting untuk dijadikan pengajaran buat artis luar, terutamanya negara jiran yang mencari rezeki di Malaysia.

“Saya selaku Presiden Seniman merasakan bahawa tindakan perlu diambil, bukan sahaja memfokuskan kepada apa yang dilakukan oleh pengacara itu, tetapi juga sebagai pengajaran kepada artis luar lain yang mencari rezeki di negara ini.

“Kalau boleh, kita tapis dan hanya benarkan artis berkualiti sahaja yang dibenarkan masuk untuk bekerja di negara ini. Kalau ada yang menghentam dan memperlekeh negara serta industri seni kita, kita sekat,” kata Zed.

Zed berkata, dia melihat apa yang dilakukan kerajaan Indonesia sebagai tindakan terbaik bagi memastikan artis luar tidak merosakkan imej dan reputasi negara itu.

“Saya menyarankan agar diwujudkan peraturan, sekiranya artis luar negara ingin bekerja di sini, mereka perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Seniman terlebih dahulu,” katanya.

Zed turut meluahkan rasa terkilan apabila ada artis luar yang tidak menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

“Kalau artis dari Amerika Syarikat atau negara yang jauh memperlekeh Malaysia, mungkin kita tidak terlalu peduli. Terkilan rasanya apabila jiran serumpun tergamak memburuk-burukkan pemimpin negara kita,” kata Zed.

Najip Ali sebelum ini muncul dalam program bual bicara OK Choppe yang bersiaran di Mediacorp 5 bersama beberapa tetamu jemputan lain dan dalam satu segmen jenaka, pengacara dan tetamu jemputan mempersenda Perdana Menteri.

Najip sebelum ini menjadi pengkritik tetap program Maharaja Lawak Mega 2017 bersama Datuk Rosyam Nor, Luna Maya dan Neelofa.

The post Cadang Tapis Artis Luar Negara, Seniman Hantar MOU Kepada TPM appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2nX1s66

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.