Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gilbert Menang Tour Of Flanders - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gilbert Menang Tour Of Flanders

PHILIPPE Gilbert. – Foto AFP

OUDENAARDE (Belgium): Juara Belgium, Philippe Gilbert mengangkat basikalnya sebaik dia melintasi garisan penamat dan menjuarai Tour of Flanders buat kali pertama menerusi breakaway secara solo yang mengagumkan.

Gilbert, 34, melakukan serangan seorang diri pada baki 55km daripada keseluruhan jarak 261 kilometer dan mengekalkan kedudukan di depan untuk memenangi perlumbaan itu dalam masa 6 jam 23 minit 45 saat.

Juara dunia Peter Sagan (Bora) dan pemenang pingat emas Olimpik Greg Van Avermaet (BMC) mengalami kemalangan di atas jalan berturap batu, 17km dari penamat.

Namun Van Avermaet, pelumba yang berada pada kecergasan memukau pada awal musim bunga ini, menyambung kayuhannya untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua, 28 saat di belakang Gilbert, tetapi di depan rakan sepasukan Gilbert dari pasukan Quick Step Floors, Niki Terpstra.

Namun, strategi Gilbert yang melakukan breakaway awal membuahkan hasil lumayan.

Kemenangan di Flanders menambahkan lagi koleksi kemenangan juara dunia 2012 itu, termasuk kemenangan peringkat dalam ketiga-tiga perlumbaan Grand Tour dan dua lagi kejayaan dalam perlumbaan digelar Monument – Liege-Bastogne-Liege dan Giro di Lombardia.

Gilbert juga mengumpul kemenangan dalam perlumbaan klasik sehari, termasuk Amstel Gold, Fleche Wallonne dan Clasica de San Sebastian, tetapi kejayaan di Flanders paling bermakna setakat ini. – AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2opYYBT

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.