Resepi Popia Nestum Yang Sedap
Resepi Popia Nestum Yang Sedap
Bahan-bahan:
1 bungkus popia (saiz lebar)
1/2 cawan nestum – Kisar halus
1/2 cawan gula aising
1 cawan susu tepung
1 peket horlicks 3 in 1
1 sudu tepung gandum dicampur dengan sedikit air (sebagai pelekat)
Cara Membuat Popia Nestum:
1. Pertama kali, sediakan bungkus popia terlebih dahulu. Kemudian, sediakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air.
2. Selepas itu, gulung popia tersebut. Lekat dihujungnya dengan pelekat tepung atau air sebelum digulung habis. Jangan gulung ketat2 dan jangan ditindan2.
3. Gunting popia yang telah digulung ikut bentuk yang kita suka. Kemudian, biarkan beberapa jam, barulah goreng.
4. Selepas itu, goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan dan toskan.
5. Dalam bekas lain, campur sekali sebati bahan-bahan nestum, gula, susu dan horlicks. Bila popia dah agak-agak suam, taburkan bahan serbuk tadi ke atas popia tersebut.
Selamat mencub
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment