Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahkamah Khas Selesai Segera Kes Jenayah Seksual Kanak-kanak – Rohani - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahkamah Khas Selesai Segera Kes Jenayah Seksual Kanak-kanak – Rohani

KUALA LUMPUR: Penubuhan mahkamah khas bagi menangani kesalahan di bawah Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak dapat membantu menyelesaikan kes jenayah seksual melibatkan kanak-kanak dalam jangka masa pendek.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, ia bukti komitmen kerajaan dalam melindungi kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Kita akan menubuhkan mahkamah khas khususnya kanak-kanak adalah untuk melihat kes jenayah seksual kanak-kanak supaya kes itu boleh diproses dengan cepat. Ia termasuk kes yang tidak ada bukti, ia sangat penting.

“Kita hendak mudahkan, kita mahu tunjukkan kita sangat serius dalam hal ini,” katanya.

Rohani berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Parit Sulong (BN), Datuk Noraini Ahmad pada sesi pertanyaan jawapan lisan sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan mahkamah khas yang mengendalikan prosiding jenayah seksual kanak-kanak selain penggubalan Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak yang akan dibentang pada sidang Dewan Rakyat bulan ini.

Jelas beliau, penubuhan mahkamah ini berbeza dengan penubuhan Mahkamah Kanak-Kanak sedia ada dan ia adalah bukti komitmen kerajaan dalam melindungi kanak-kanak daripada terus menjadi mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu kata Rohani, statistik penderaan seksual kanak-kanak dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini menunjukkan berlaku peningkatan kecuali pada tahun 2014 dan 2015 yang sedikit menurun.

“Bagi tempoh tersebut, sebanyak 5,052 kes penderaan seksual telah dilaporkan dan kebanyakan pesalah kes penderaan seksual kanak-kanak terdiri daripada ibu bapa, penjaga atau yang rapat dengan kanak-kanak termasuk pedofilia,” jelasnya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nQEpgR

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!



loading...
//

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.