Punca Sebenar Restoran Pelita Caj RM15 Untuk Cuci Muntah Pelanggan
Semalam jadi tular di laman media sosial apabila sekeping gambar resit dari Restoran Nasi Kandar Pelita telah dimuatnaik ke laman Facebook.
Pada sekali imbas, resit yang memaparkan jumlah RM72.80 nampak normal seperti resit-resit lainnya. Namun setelah diperhatikan, rupa-rupanya caj sebanyak RM15 untuk membersihkan muntah seorang pelanggan mereka yang diletakkan sebagai muntah cleaning turut dimasukkan sekali di dalam bil pelanggan itu.
Kejadian yang dipercayai berlaku di cawangan Jalan Ampang, Kuala Lumpur ini turut menarik perhatian netizen-netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan pihak restoran tersebut yang dilihat mengambil langkah mudah untuk mengenakan caj kepada pelanggan mereka.
Berikutan insiden itu, pihak pengurusan restoran terbabit telah membuat sebuah laporan polis bagi menjelaskan perkara sebenar.
Rakaman CCTV
Restoran tersebut turut berkongsi rakaman CCTV dengan memuatnaik rakaman yang dirakam sewaktu insiden itu berlaku ke laman Facebook.
Part 1
[embedded content]
Sekumpulan pelanggan berbangsa Cina dirakam sedang menjamu selera sebelum lelaki berbaju putih muntah di meja tersebut.
Part 2
[embedded content]
Pelanggan berbaju putih yang dipercayai mabuk itu kemudiannya dibawa keluar daripada restoran tersebut sambil dibantu oleh rakan-rakannya yang lain.
Respons daripada netizen:
Rata-rata netizen menyokong tindakan restoran terbabit yang dilihat mengenakan caj tersebut sebagai denda kepada pelanggan tersebut yang didapati mabuk dan menyebabkan ketidaksenangan daripada pelanggan-pelanggan yang lain.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nQDCMM✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment