Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengorbanan Azza Elite - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengorbanan Azza Elite

SEBUT saja nama Azza Elite siapa tidak kenal, nama ini pernah menjadi fenomena ketika menganggotai kumpulan Elite sekitar tahun 90-an yang turut dianggotai Abby Abadi, Sasha, Watie, dan Linda.

Walau bagaimanapun selepas kumpulan itu tidak lagi aktif dan membawa haluan masing-masing, sejak itu Azza atau nama penuhnya Nor Azzarima Zawari, 39, mula fokus terhadap bidang lakonan dan pengacaraan.

Selain itu, Azza juga aktif dalam bidang perniagaan terutama bedak sejuknya yang cukup popular.

“Sudah empat tahun saya mewarisi perniagaan ayah yang dikenali bedak sejuk Azza Elite dan mempunyai syarikat sendiri, Azza Elite Empire HQ.  Selain bedak sejuk terdapat rangkaian produk lain seperti Azza Elite Make Up Base, Azza Elite Talcum, baju Precious Al Jannah dan Krim Perut Abah.

“Sebenarnya banyak lagi produk yang abah suruh saya buat tetapi saya jelaskan, kita fokus yang mana ada dulu buat masa ini.  Insya-ALLAH bila dah okay baru tambah lagi produk lain,” jelasnya.

Mengimbas mengenai permulaannya dalam bidang perniagaan, Azza memberitahu pada awalnya dia mahu menjaga ayahnya yang ketika itu kurang sihat.

“Abah saya seorang yang pandai dalam bidang pemasaran perniagaan.  Tapi bila abah diserang penyakit strok, abah hilang punca pendapatan.  Jadi saya cuba bantu abah saya dengan cara yang saya mampu.

“Sehinggalah satu drama saya terjual di RTM.  Dengan duit itulah saya berikan kepada abah untuk berubat dan jadikan modal permulaan perniagaan.

“Pada peringkat awal, saya malu juga untuk berniaga bedak sejuk.  Tapi sekarang tidak lagi malah saya bersyukur kerana dengan bedak sejuk inilah saya berjaya wujudkan jenama pakaian sendiri dan produk-produk lain,” katanya.

Bedak sejuk tersebut dibuat sendiri oleh ayah Azza dan dibantu oleh ibunya.

Azza selektif watak berlakon

Berbicara mengenai bidang lakonan dengan dirinya yang sudah berhijab, jelas Azza, seperti mana artis-artis telah berhijrah yang lain, dia juga selektif untuk memilih watak-watak yang bersesuaian dengan imejnya itu.

“Saya tak nafikan, ada orang akan kata, bila berhijab tawaran akan kurang.  Tapi untuk diri saya sendiri, alhamdulilah, masih ada lagi syarikat-syarikat produksi yang masih menawarkan watak kepada saya.   Cuma sekarang saya boleh memilih karakter yang lebih sesuai.

“Pemilihan watak dan skrip memang saya utamakan sebab saya sudah berhijab.  Tak bolehlah nak pilih sembarangan,” katanya.

Tambah Azza, pun begitu ada juga tawaran yang dia terpaksa tolak terutama ketika baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.  Tapi kini sudah stabil dan dia mahu kembali beraksi.

Bagi anda yang merindukan aksi Azza, saksikan drama Isteri-Isteri Ayah lakonannya bersama Datuk Jalaluddin Hassan, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Syarmila, dan Syazwan Zulkifli, arahan Jamal Khan.

The post Pengorbanan Azza Elite appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2p0eLVi

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.