Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ratchanok Tidak Sertai Sukan SEA KL2017 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ratchanok Tidak Sertai Sukan SEA KL2017

Juara bertahan perseorangan wanita Terbuka Singapura, Ratchanok Intanon Thailand menghadiri sidang akhbar pra-acara kejohanan badminton di Singapura pada 10 April 2017. – Foto AFP

SINGAPURA: Juara dunia badminton perseorangan wanita 2013, Ratchanok Intanon memutuskan untuk tidak mengambil bahagian dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, pada Ogos ini.

Sebaliknya, beliau memilih untuk menyertai Kejohanan Dunia di Glasgow, Scotland.

Ratchanok, 22, yang juga juara remaja dunia tiga kali berturut-turut dari 2009-2011, tidak teragak-agak memilih Kejohanan Dunia walaupun pingat emas Sukan SEA mampu diraihnya dengan mudah.

“Saya tetap pilih Kejohanan Dunia,” kata pemain Thailand itu selepas sidang media kejohanan Terbuka Singapura yang mana beliau adalah juara bertahan di sini, hari ini.

Pilihan itu tiada kaitan dengan pertembungan tarikh kedua-dua acara tetapi bintang kelahiran wilayah Yasothon, 550 kilometer dari Bangkok itu, mahu merampas kembali gelaran dunia yang pernah dimenanginya di Guangzhou, China, empat tahun lalu.

Acara badminton Sukan SEA akan dilangsungkan dari 22-30 Ogos manakala Kejohanan Dunia pula berlangsung dari 21-27 Ogos.

Ratchanok belum pernah memenangi pingat emas individu Sukan SEA selepas tewas di final 2009 kepada rakan senegara yang lebih senior, Salakjit Ponsana manakala meraih pingat gangsa pada 2011.

Namun beliau menyumbang emas Sukan SEA bagi acara berpasukan wanita untuk Thailand pada 2011 dan 2015.

Ratchanok dianggap pemain wanita paling berjaya di rantau ini dengan menjuarai gelaran remaja dunia pada usia 14 tahun pada 2009 di Alor Setar, Kedah sebelum muncul juara dunia pada 2013.

Ditanya nasihatnya kepada pemain wanita Asia Tenggara, Ratchanok menerusi seorang jurubahasa menegaskan ‘perlu ada keazaman dan fokus’.

Beliau turut berkongsi rahsia kejayaannya apabila menyatakan mempelajari skil daripada lawannya menerusi Youtube.

“Saya perlu menukar corak permainan dalam setiap perlawanan,” katanya sambil menegaskan sudah 99 peratus sedia mempertahankan gelarannya di Terbuka Singapura yang bermula esok hingga Ahad. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2oRH4Iv

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.