Xiaomi Akan Memperkenalkan Cip Pemprosesan “Pinecone” Mereka Pada 28 Februari
Xiaomi sebelum ini telah diperkatakan bakal mengeluarkan cip pemprosesan tersendiri – lebih kurang seperti Apple dengan siri-A, Samsung dengan Exynos, dan Huawei dengan Kirin. Kini, lanjutan daripada pelbagai desas-desus, ia diketahui Xiaomi bakal melancarkan cip pemprosesan tersendiri mereka itu pada 28 Februari 2017 kelak.
Pengeluaran cip pemprosesan tersendiri ini juga bakal memudahkan lagi pihak Xiaomi mengoptimasikan sistem operasi MIUI mereka, disamping mengurangkan lagi kos pengeluaran peranti.
Buat masa ini, info penuh mengenai cip pemprosesan terbaru ini masih tidak diketahui, malah nama akhirnya juga menjadi tanda tanya. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tarikh 28 Februari ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Xiaomi – sekaligus menjadi pengeluar ke-4 yang hadir dengan cip pemprosesan tersendiri.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2lbXzMP✍ Sumber : ☕ Amanz
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment