Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lotus keluarkan Evora Sport 410 khas untuk sambut ulang tahun ke 40 kereta James Bond boleh selam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lotus keluarkan Evora Sport 410 khas untuk sambut ulang tahun ke 40 kereta James Bond boleh selam

Pada tahun 70-an, Lotus ada mengeluarkan sebuah model yang dinamakan sebagai Esprit S1, dan ia menjadi lebih terkenal apabila membintangi filem James Bond The Spy Who Loved Me pada tahun 1977 dengan ciri unik boleh bertukar menjadi kapal selam. Kini selepas 40 tahun, syarikat itu mengeluarkan sebuah model peringatan khas iaitu Evora Sport 410.

Kereta ini tidaklah boleh menyelam, tetapi mengambil semula konsep rekaan yang ada pada Esprit S1 seperti tona warna, penutup but belakang satu unit gentian karbon dan garis kemasan hitam. Seperti Esprit S1 juga, kenderaan ini mempunyai lencana khas di tepi B-pillar.

Pada bahagian dalam, Evora Sport 410 mewarisi kemasan panel tartan pada tempat duduk gentian karbon serta panel pintunya, bersama jahitan benang merah pada papan pemuka dan konsol yang dibalut dengan Alcantara.

Model ini didatangkan dengan enjin 3.5 liter supercharge, mampu menghasilkan sebanyak 410 hp dan 420 Nm tork. Ia juga dijadikan lebih ringan berbanding Evora 400 biasa yang dijual sebelum ini.

“Ramai yang masih mengingati kesan daripada Lotus Esprit apabila pertama kali ia muncul dalam filem The Spy Who Loved Me, dan kami ingin memberikan penghormatan kepadanya dengan pengeluaran Evora Sport 410. Ia adalah satu model peringatan yang cukup sempurna, tetapi masih banyak berbeza daripada aspek kemampuan dan prestasi,” kata ketua pegawai eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYnpB2

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.