Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peragawati Buat Lagak Ngeri Dari Menara 73 Tingkat Sudah Dipanggil Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peragawati Buat Lagak Ngeri Dari Menara 73 Tingkat Sudah Dipanggil Polis

SEORANG peragawati yang menimbulkan kontroversi kerana melakukan aksi lagak ngeri di Dubai minggu lalu, telah dipanggil pihak polis.

Viktoria Odintcova melakukan aksi tersebut ketika satu sesi fotografi dan video itu kemudiannya dimuat naik ke akaun Instagram dan YouTube miliknya.

Menurut kenyataan pihak berkuasa kepada media Dubai, Odintcova telah diberikan amaran agar tidak melakukan perbuatan yang sama di mana-mana lokasi di bandaraya itu.

Malah peragawati dari Rusia itu telah diminta menandatangani satu perjanjian yang membolehkan dia disaman jika melakukannya sekali lagi.

Dalam video berdurasi lebih enam minit itu, Odintcova melakukan aksi lagak ngeri dari Menara Canyan setinggi 73 tingkat, dengan hanya berpaut pada tangan seorang lelaki, dipercayai pembantunya, tanpa memakai sebarang alat keselamatan.

Laporan akhbar tempatan The National pula menyebut, Odintcova memberitahu dia bersetuju melakukan aksi itu bukan kerana publisiti, sebaliknya untuk mengatasi rasa takutnya pada ketinggian.

Dalam status yang dimuat naik bersama video dan gambar itu, Odintcova menulis kapsyen berbunyi, “Lagak ngeri dilakukan oleh profesional. Jangan cuba di rumah”.

Ia mendapat kritikan ramai memandangkan wanita berusia 23 tahun itu bukan pelagak ngeri profesional dan aksi itu tidak mustahil menjadi ikutan anak-anak muda.

[embedded content]

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kCZIlV

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.