Penyokong masuk percuma aksi Terengganu, PKNP FC
KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju untuk tidak mengenakan tiket pada perlawanan antara Terengganu dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.
Perlawanan pembuka tirai yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus itu ditunda selepas cuaca dan keadaan padang yang tidak mengizinkan, pada 20 Januari lalu.
Pengadil perlawanan, Wan Mohamad Tarmizi terpaksa menghentikan permainan pada minit ke-11 akibat masalah padang yang boleh mengundang kecederaan kepada pemain.
Pegawai Media PBSNT, Haslan Hashim, berkata Presiden PBSNT, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersetuju perlawanan ini tidak dikenakan tiket kepada penyokong.
Katanya, Menteri Besar Terengganu itu mahu memberi penghargaan dan tanda terima kasih diatas sokongan penyokong kepada pasukan bola sepak Terengganu.
“Presiden PBSNT (Ahmad Razif) bersetuju membenarkan penyokong masuk secara percuma untuk menyaksikan perlawanan antara Terengganu dan PKNP FC malam esok.
“Keputusan ini dibuat untuk memberi penghargaan atas sokongan penyokong yang berterusan untuk pasukan Terengganu,” katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.
Haslan berkata, pihaknya meminta penyokong untuk memberikan kerjasama kepada petugas di stadium yang mampu menampung 10,000 penonton itu.
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kYv56H✍ Sumber : ☕ Siakapkeli
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment