Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sengat Perak Makin Berbisa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sengat Perak Makin Berbisa

PERAK enggan mendabik dada meskipun berjaya menewaskan juara Liga Super tiga kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-1 di Stadium Perak, Ipoh malam kelmarin.

Kemenangan tersebut turut meleburkan rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan dalam 25 perlawanan saingan Liga Super sejak musim lalu.

Pengurus skuad The Bos Gaurus, Datuk Jamal Mohd. Aris berkata, kemenangan tersebut merupakan satu motivasi kepada pemain skuad Perak untuk lebih maju ke hadapan selepas tewas kepada PKNS minggu lalu.

Jelasnya, menerusi perlawanan menentang JDT, beliau melihat anak-anak buah Karl Heinz Weigang lebih yakin dan keserasian antara pemain lebih menyerlah sewaktu beraksi di padang.

“Selepas tewas kepada 0-3 kepada PKNS, kita telah merombak beberapa strategi dan pemain. Percaturan itu menjadi dan kita beroleh kemenangan sewaktu menentang JDT.

“Semua pemain yang ber­aksi berjaya mencorakkan permainan terutamanya pada bahagian pertahanan dan te­ngah. Apabila mereka bermain bersungguh-sungguh, saya dapat lihat keserasian antara mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan antara Perak menentang JDT di Stadium Perak kelmarin.

Pada perlawanan itu, Perak membuka jari­ngan pada minit ketujuh menerusi rembatan Yashir Pinto selepas menerima hantaran lintang daripada Faton Toski.

Dua minit berselang, skuad Harimau Selatan berjaya me­nyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang berbisa, Hazwan Bakri.

Jaringan tersebut merupakan gol sulung daripada Hazwan sejak pemain itu berpindah dari pasukan Selangor ke JDT pada awal musim ini.’

[embedded content]

Gol kemenangan skuad The Bos Gaurus dijaringkan oleh Vladislav Mirchev pada minit ke-75 apabila berlaku kekecohan di hadapan pintu gol JDT selepas sepakan percuma yang diambil oleh Thiago Junio.

Menurut Jamal, kesebelasan utama pemain yang diturun­kan pada perlawanan tersebut wajar diberikan pujian berikutan aksi cemerlang mereka.

Jelasnya, pada musim ini, Perak mempunyai seramai 29 pemain dan ia memberi peluang kepada Weigang untuk mengubah percaturan perlawanan mengikut prestasi pihak lawan.

“Pada musim lalu, ada kala­nya kita hanya membawa 16 pemain dalam satu perlawanan berikutan masalah kece­deraan yang dialami kebanyakan pemain.

“Meskipun ketiadaan dua tonggak iaitu Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin pada perlawanan malam ini (kelmarin), kami dapat menggabungkan gandingan Hafiz Kamal serta Nasir Basharudin untuk memantapkan kombinasi bahagian tengah sekali gus berjaya mencipta kemenangan,” katanya.

Kosmo

Comments

comments

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m2EsDg

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.