Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saran Pengamal Media Disaran Patuh Etika Kewartawanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saran Pengamal Media Disaran Patuh Etika Kewartawanan

Spread the love

MELAKA – Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mengingatkan pengamal media agar patuh kepada etika kewartawanan bagi menyokong proses demokrasi di negara ini.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan berita politik kini memaparkan berita bersifat negatif yanga lebih menjurus kepada konflik dan skandal.

“Peranan media sangat besar kerana ianya cepat mempengaruhi pemikiran masyarakat sehingga mampu memberi impak yang besar kepada negara,” katanya ketika berucap pada Malam Media Melaka di sini malam tadi.

Turut hadir Exco Komunikasi dan Koperasi Datuk Latiff Tamby Chik dan Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) Tenaga Nasional Berhad Datuk Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Katanya masyarakat menjadikan media sebagai rujukan untuk mendapat maklumat, sehubungan itu media harus melaporkan berita yang sahih dan berkualiti.

Idris berkata pengamal media seharusnya memastikan kesahihan sumber berita dengan berhati-hati sebelum menyiarkan berita itu.

Sebanyak 17 kategori anugerah dipertandingkan pada majlis tersebut yang terbuka pada semua pengamal media di negeri Melaka.

Bernama memenangi Anugerah Rencana Terbaik (Bahasa Inggeris) menerusi artikel bertajuk ‘Port State Initiative to Free Melaka from Tourism Dependency’ oleh Ketua Biro Melaka Fadzli Ramli.

Senarai Anugerah Wartawan Terbaik dimenangi Nor Amalina Abd Halim dari RTM, Anugerah Khas Ketua Menteri dirangkul Shazzuan Shah Mohd Saleh (Melaka Hari Ini) dan Anugerah Khas Juri dimenangi Mohamad Raffi Bachik (Astro Awani). – BERNAMA

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2kCOvlq

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.