Hi! Welcome Back and Stay Tune! Belotti Selamatkan Torino - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Belotti Selamatkan Torino

ANDREA Belotti.

MILAN: Penyerang Itali, Andrea Belotti menebus kegagalan menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua buat Torino dengan meledak dua gol untuk mengikat Fiorentina 2-2 dalam saingan Serie A, awal pagi tadi.

Dalam perlawanan yang menyaksikan kedua-dua pasukan memburu slot ke Liga Europa musim depan itu, Fiorentina mendahului dua gol hasil jaringan Riccardo Saponara pada minit kelapan dan Nikola Kalinic minit ke-38.

Bagaimanapun, Fiorentina gagal mempertahankan dua gol awal mereka itu pada babak kedua – kali kedua berturut-turut – apabila Torino berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi Belotti yang membuktikan ketajaman penyudahnya dengan meledak dua gol minit ke-65 dan ke-85.

Terdahulu, Torino dihadiahkan sepakan penalti selepas Carlos Salcedo mengasari Lucas Boye tetapi Belotti gagal menyempurnakannya apabila sepakannya melambung tinggi.

Namun, dua gol Belotti selepas itu membolehkan dia berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak liga musim ini bersama penyerang AS Roma, Edin Dzeko dengan 19 gol.

Fiorentina yang menerima kecaman penyokong di Artemio Franchi di atas prestasi hambar mereka dalam perlawanan kekal di tangga kelapan liga, enam mata di belakang AC Milan yang ketinggalan 19 mata di belakang pendahulu, Juventus. – AFP

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2l6pD5u

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.