Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saudi Aramco & Petronas Akan Meterai Janji Niaga Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saudi Aramco & Petronas Akan Meterai Janji Niaga Esok

Spread the love

PUTRAJAYA – Saudi Aramco dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan memeterai perjanjian pelaburan bernilai US$7 bilion esok, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di bawah perjanjian itu, Saudi Aramco, syarikat petroleum dan gas asli nasional Arab Saudi, akan membangunkan dan menguruskan loji penapisan minyak di Pengerang (Johor), di bawah projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID).

“Paling menarik perhatian pada lawatan (Arab Saudi) ini adalah keputusan yang telah dicapai antara Aramco dan Petronas pada pagi tadi. Perbincangan dan rundingan telah selesai dan dapat dimuktamadkan.

“Ini (US$7 bilion) adalah satu jumlah pelaburan yang amat besar signifikannya,” kata Najib pada sidang media selepas permeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Arab Saudi mengenai kerjasama ekonomi, di sini, hari ini.

Butiran terperinci mengenai MoU itu akan diumumkan esok.

Najib berkata keputusan tersebut, yang dibuat selepas rundingan menyeluruh selama tiga minggu antara kedua-dua pihak, kemungkinan merupakan yang terbesar dalam projek itu setakat ini.

Mengenai kemungkinan kerjasama ekonomi lebih erat, Perdana Menteri berkata Malaysia komited untuk meningkatkan hubungan perniagaan dan ekonomi, termasuk pelaburan dan perdagangan dengan Arab Saudi.

“Malaysia mempunyai hubungan perdagangan yang baik dengan banyak negara,” katanya.

Najib juga turut membidas pihak-pihak yang menyifatkan pelaburan asing besar yang mengalir masuk ke negara ini sebagai ‘menjual kedaulatan Malaysia’.

“Jika kita pergi ke China, kita akan dituduh menjual kedaulatan kita, Saya tertanya-tanya sama ada mereka akan mengatakan kita menjual kedaulatan kita kepada Arab Saudi apabila mereka melabur di sini?

“Ia bukan soal tentang kedaulatan, tetapi tentang pelaburan yang akan memberi manfaat bagi kita. Ia akan membawa masuk modal asing, mengukuhkan ringgit dalam jangka sederhana. Ia juga bermakna lebih banyak peluang pekerjaan dan keyakinan kukuh terhadap ekonomi kita,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengadakan pertemuan dua hala dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, yang sedang dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia.

Perbincangan itu, antara lainnya, menumpukan kepada beberapa bidang pendidikan, keselamatan dan pelaburan.

Najib juga menyaksikan permeteraian empat MoU lain dalam ekonomi, pendidikan, keselamatan dan isu-isu berkaitan.

“Satu MoU dimeterai bagi kerjasama ekonomi dan harapnya akan ada lebih banyak projek yang kita boleh usahakan di Arab Saudi, sebagai contohnya, Metro Line antara Mina dan Mudzalifah yang ketika ini dikendalikan oleh Prasarana Malaysia Bhd.

“Terdapat juga kemungkinan tambahan laluan (Metro) di Riyadh dan beberapa tempat lain (di Arab Saudi),” katanya.

Jumlah perdagangan Malaysia dengan Arab Saudi meningkat 27.8 peratus kepada RM13.99 bilion tahun lepas daripada RM10.95 bilion pada 2015.

Perangkaan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menunjukkan eksport Malaysia ke Arab Saudi menurun 1.4 peratus kepada RM3.37 bilion (2015: RM3.42 bilion) manakala import meningkat 41.1 peratus kepada RM10.62 bilion (2015: RM7.53 bilion). – BERNAMA

[embedded content]

Loading…

Spread the love

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2mD6WTn

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.