VIDEO Vardy Bantu Leicester Tewaskan Liverpool
DUA gol Jamie Vardy membantu Leicester City memperoleh kemenangan 3-1 ke atas Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, awal pagi Selasa.
Bertempat di Stadium King Power di Leicester, England, Vardy menjaringkan gol pada minit ke-28 dan 60′.
Aksi cemerlang Vardy pada minit ke-28 itu juga sekali gus menyaksikan gol sulung buat Leicester pada tahun ini.
Susulan gol Vardy, Leicester dilihat semakin bersemangat dan hasilnya, Danny Drinkwater menambah jaringan pada minit ke-39.
Pada minit ke-67, pemain Liverpool, Philippe Coutinho cuba untuk memperkecilkan kedudukan dengan menjaringkan gol.
Bagaimanapun, sehingga ke akhir permainan, tiada tambahan jaringan yang berjaya diraih Liverpool.
Kekalahan itu menyaksikan skuad Juergen Klopp kali keempat tewas di tangan pasukan antara yang ‘tercorot’ dalam kedudukan liga.
Terdahulu, Liverpool ditundukkan oleh Hull City, Swansea dan Bournemouth.
Liverpool kini berada pada kedudukan kelima liga, di belakang Arsenal, Manchester City, Totthenham dan Chelsea.
Comments
comments
>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2myhG6j✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas
Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment