Hi! Welcome Back and Stay Tune! Singapura Mahu Tandatangani TPPA Walau Tanpa AS, Jika Ada Persetujuan Bersama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Singapura Mahu Tandatangani TPPA Walau Tanpa AS, Jika Ada Persetujuan Bersama

SINGAPURA: Jika ada persetujuan dalam kalangan 11 anggota Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), selepas Amerika Syarikat (AS) menarik diri, Singapura sedia untuk menandatangani perjanjian perdagangan tersebut, ujar Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Portal Channel News Asia melaporkan perkara itu daripada intipati wawancara Lee dengan program HARDtalk terbitan BBC hari ini.

Lee bagaimanapun berkata, beliau ‘tidak pasti’ jika persetujuan itu dapat dicapai.

“Jepun misalnya telah melaksanakan konsesi yang perit sebagai pertukaran kepada konsesi Amerika.

“Jika ada anda perjanjian yang melibatkan konsesi Jepun manakala Amerika tidak terlibat, saya rasa keseimbangan politik dan ekonomi telah beralih.

“Maka, saya tidak akan membatalkannya, namun untuk mencapainya adalah tidak mudah,” ujar Lee.

Tambah beliau, penarikan diri AS dan sama ada hal itu mempengaruhi tindakan sama di rantau ini, tetap meninggalkan rasa kecewa. 

Begitupun, beliau berharap pentadbiran Presiden AS Donald Trump akan ‘menilai semula pandangan mereka, mendalami pemahaman terhadap semua yang berlaku di seluruh dunia, seterusnya menemukan apresiasi yang lebih seimbang mengenai hal-hal yang berkaitan dengannya’.

“Saya rasakan pegawai-pegawai kanan dalam pentadbiran AS tidak begitu mengenali Asia dan kepentingannya,” ujar Lee.

Perdana Menteri Singapura itu juga berkata, beliau yakin semua pihak di rantau ini, termasuk Singapura, sedang memantau AS, apatah lagi Singapura yang mempunyai ‘hubungan akrab’ dengan negara Uncle Sam itu.

“Mereka adalah pelabur terbesar kami. Mereka juga salah satu daripada pasaran eksport terbesar. Kita ada hubungan pertahanan. Juga ada hubungan keselamatan dalam isu menangani keganasan.

“Rakyat AS sangat dialu-alukan di Singapura dan rakyat Singapura sangat selesa di AS. Itu akan berterusan,” ujarnya.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m69fl2

✍ Sumber : ☕ Berita Isu Panas


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.