Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang Ramai Diminta Salur Maklumat Sindiket Pemerdagangan Manusia – Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang Ramai Diminta Salur Maklumat Sindiket Pemerdagangan Manusia – Polis

IPOH: Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket pemerdagangan manusia terutama melibatkan kanak-kanak diminta menyalurkannya kepada pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak Datuk Gan Tian Kee berkata orang ramai diminta mengambil gambar sekiranya ternampak kanak-kanak meminta sedekah atau menjual barang dan menyerahkan gambar itu kepada pihak polis.

“Satu daripada cara untuk hentikan sindiket ini adalah dengan berhenti memberi wang kerana lagi banyak yang memberi (wang) lagi ramai kanak-kanak akan menjadi mangsa.

“Tangkap gambar mereka dan serahkan kepada pihak polis supaya kami boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini hari ini.

Ditanya mengenai perkembangan kes pemerdagangan manusia di Gerik, Gan berkata setakat ini pihaknya telah mengambil keterangan daripada beberapa individu termasuk pemilik ladang, doktor dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Setakat ini, hanya dua orang yang ditangkap dan kita (polis) percaya siasatan kes ini akan lengkap sepenuhnya hujung minggu ini,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan merupakan kes pertama kanak-kanak dipaksa menjadi buruh kasar di Perak tahun ini.

“Tahun lalu, terdapat dua kes pemerdagangan manusia melibatkan kanak-kanak yang mana mereka dipaksa menjadi pengemis,” katanya.

Ahad lalu, polis Perak menyelamatkan 18 individu warga tempatan termasuk lima kanak-kanak dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia di daerah Kecil Kroh, Belukar Semang, Kampung Tasek di Pengkalan Hulu, dekat Gerik.

Mangsa yang diselamatkan terdiri daripada 11 dewasa termasuk enam wanita berusia lingkungan 27 hingga 64 tahun; dua remaja lelaki berumur 13 dan 17 tahun dan lima kanak-kanak berusia antara dua dan tujuh tahun.

— BERNAMA

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6aIrm

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.