Hi! Welcome Back and Stay Tune! JPJ Kuatkuasakan Pemasangan Pelekat Pemantul Cahaya Belakang Kenderaan Perdagangan Serta Merta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

JPJ Kuatkuasakan Pemasangan Pelekat Pemantul Cahaya Belakang Kenderaan Perdagangan Serta Merta

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengumumkan semua kenderaan perdagangan berat dengan muatan (BDM) 3,500 kilogram (kg) dan ke atas wajib memasang pelekat pemantul cahaya MS 828:2011 pada bahagian belakang.

Menurut kenyataan terbabit, penguatkuasaan pemasangan pelekat pemantul cahaya itu pada bahagian sisi kiri dan kanan kenderaan perdagangan berat dengan muatan (BDM) 3,500 kilogram (kg) dan ke atas ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak, laporan Bernama.

Di mana keperluan pemasangan itu dinyatakan dalam Garis Panduan Pemasangan Reflektor MS 828:2011 Pada Kenderaan Perdagangan.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa setiap kenderaan perdagangan dengan BDM 3,500 kg dan ke atas wajib memasang pelekat pemantul cahaya MS 828:2011 pada sisi kiri dan kanan serta bahagian belakang kenderaan bermula 1 Januari lalu.

Menurut JPJ, kerajaan telah beberapa kali menangguhkan penguatkuasaan pemasangan pelekat pemantul cahaya itu sejak 2003.

“Faktor keselamatan perlu diberikan keutamaan dan tidak boleh dikompromi. Kita harap penguatkuasaan sepenuhnya akan dapat direalisasikan kelak,” kata JPJ.

Dalam pada itu, JPJ turut mengalu-alukan mana-mana syarikat yang memperoleh pensijilan MS 828:2011 daripada SIRIM untuk menjual pelekat pemantul cahaya bagi tujuan penguatkuasaan itu.

Pada masa ini, hanya dua syarikat sahaja yang memperoleh pensijilan MS 828:2011 daripada SIRIM iaitu syarikat Orafol Reflective Solutions (Malaysia) Sdn Bhd dan 3M Malaysia Sdn Bhd

Namun, penjualan pelekat pemantul cahaya oleh 3M Malaysia Sdn Bhd ditangguhkan sementara sehingga mendapat pengesahan semula daripada SIRIM.

>Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://ift.tt/2m6lzBV

✍ Sumber : ☕ Siakapkeli


Mukah Pages memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap jam tanpa henti dari pelbagai sumber. 📲 📖 Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.