Hi! Welcome Back and Stay Tune! 6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

MESTI hampir semua orang yang mempunyai kereta sendiri pernah menghadapi masalah ini kan? Awal pagi nak pergi kerja, bila masuk kereta, cuba start kereta, enjin pula tiba-tiba tidak mahu hidup. Ingin tahu apakah punca enjin kereta anda tidak boleh start?
6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

6 Sebab Mengapa Enjin Kereta Tidak Boleh Start

Berikut adalah 6 sebab mengapa enjin kereta tidak boleh start:

1. Bateri Kong

Inilah punca pertama mengapa enjin kereta tak boleh hidup. Buat macam mana pun kereta tak mahu juga hidup, lepas kena jumper baru hidup. Maksudnya bateri kereta anda dah kong. Bila bateri kereta kong, ianya tak boleh mengecas dan membekalkan kuasa elektrik kepada kereta untuk menghidupkan enjin.

Jika pakai bateri sel basah, selalulah cek air bateri sebelum memandu lihat paras aor bateri ok ke tak. Kalau pakai sel kering memang tak boleh cek jadi sentiasa alert dengan tanda tanda bateri nak kong.

2. Kabel Bateri Kotor

Bila start enjin, langsung tak ada bunyi. Bunyi kosong bermaksud tiada bunyi crank .. crank .. atau bunyi klik pun tak ada.

Ini adalah disebabkan kabel penyambung bateri dan kepala bateri kereta anda sudah berkarat dan kotor. Segala karat dan kekotoran ini akan menyebabkan kuasa dari bateri tak sampai pada kereta anda. Untuk atasi masalah ini, sila bersihkan kabel dan kepala bateri anda dari segala kekotoran.

3. Spark Plug Rosak

Bila nak start kereta ada bunyi crank..crank … Lampu semua menyala, tetapi enjin tidak hidup. Ini bermaksud spark plug anda sudah rosak. Bila spark plug rosak, kereta tidak boleh ignite.

Kalau nak tahu, spark plug juga adalah antara punca kereta punya pick-up jatuh, terutamanya bila naik bukit. Kita tekan minyak macam mana pun, kereta tetap rasa perlahan dan berat. Itu petanda awal bagi kerosakan spark plug kereta anda.

4. Starter Rosak

Permulaan berfungsi untuk menghidupkan kereta dan menggerakkan piston. Bila starter rosak, ia akan kehilangan tenaga untuk menggerakkan sistem pembakaran dalam enjin kereta. Akibatnya, pusing kunci macam mana pun, kereta takkan start kerana starter sudah rosak. Jadi kenalah ganti yang baru secepat mungkin.

5. Fuel Filter Tersumbat

Bila fuel filter tersumbat, minyak kereta tidak akan dapat masuk ke dalam enjin kereta. Bila minyak kereta tidak dapat masuk ke dalam enjin, sistem pembakaran dan pergerakan piston tidak akan terhasil.

Jadi sila pastikan fuel filter anda selalu diperiksa masa servis untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

6. Minyak Kereta Habis

Bagi masalah minyak kereta habis merupakan kelalaian kita sendiri kerana tidak alert dengan minyak kereta yang masih ada.

Kadang kadang sebab meter minyak rosak jadi susah nak pastikan berapa banyak lagi minyak yang ada dalam tangki minyak.

Semoga bermanfaat untuk anda!

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ntlDs8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.