Hi! Welcome Back and Stay Tune! TPM Ahmad Zahid Sertai Solat Jenazah Ab Rahman - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TPM Ahmad Zahid Sertai Solat Jenazah Ab Rahman

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyertai solat jenazah Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Masjid Bukit Aman di sini, hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira 6.30 petang di masjid berkenaan dan menunaikan solat jenazah bersama kira-kira 100 anggota polis dan anggota keluarga Allahyarham.

Solat jenazah diimamkan Imam Besar Masjid Bukit Aman Supt Ghazali Daud dan turut disertai Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Zulkifli Abdullah.

Jenazah yang tiba di masjid itu kira-kira pukul 5.30 petang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.

Allahyarham Ab Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini hari ini akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Che Nat Hassan dan tujuh orang anak.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim. — Bernama

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nweF6N

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.