Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chelsea berhak raih keputusan seri – Conte - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chelsea berhak raih keputusan seri – Conte

CHELSEA 1 CRYSTAL PALACE 2

Antonio Conte berasakan Chelsea berhak meraih keputusan seri ketika bertemu Crystal Palace selepas tewas mengejut 2-1 di Stamford Bridge, semalam.

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam landasan untuk meraih kemenangan apabila Cesc Fabregas membuka jaringan seawal minit kelima, namun The Eagles bangkit dengan dua jaringan pantas Wilfried Zaha dan Christian Benteke.

Chelsea hampir menyamakan kedudukan dalam beberapa percubaan, tetapi penjaga gol Palace, Wayne Hennessey memastikan tiga mata penuh diraih pasukan pelawat.

“Saya berpendapat kami perlu meraih keputusan seri. Kami telah banyak menghasilkan peluang,” kata Conte.

“Tetapi inilah bola sepak. Kami perlu menerima keputusan ini.

“Kami menjaringkan gol di awal permainan dan bolos dua kali.

“Di dalam perlawanan di England, apa-apa sahaja boleh berlaku. Saingan liga ini sangat sengit. Kami berdepan lawan yang sukar dan memiliki pemain-pemain berkualiti.

Chelsea masih lagi menerajui EPL dengan kelebihan tujuh mata ke atas Tottenham, tetapi Conte menegaskan mereka tidak boleh lagi kehilangan mata ketika bertemu Manchester City, pada Rabu.

“Tumpuan kini terarah kepada perlawanan seterusnya.

“Jika kami menang, lebih mudah buat kami memberikan tumpuan untuk perlawanan bertemu Manchester City.”

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oojGlD

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.