Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Semua gigi anak terpaksa dibuang kerana sudah rosak dihakis susu' - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Semua gigi anak terpaksa dibuang kerana sudah rosak dihakis susu'

Ibu bapa selalu diingatkan untuk menjaga kebersihan gigi anak mereka bermula dari usia bayi. Walaupun gigi anak hanya merupakan gigi susu sementara, namun kesihatan gigi susu mempengaruhi kesihatan gigi anak di kemudian hari. 
Oleh kerana ramai sahabat-sahabat saya ‘pm’ dan WhatsApp saya bertanya kenapa anak sulung saya kena bedah buang semua gigi, jadi saya kongsi sedikit maklumat ya. 
Anak saya suka tidur dengan botol susu sejak dari kecil lagi. Semasa dia berusia 6 bulan pun gigi dah tumbuh. Jadi, empat batang gigi bahagian atas memang rongak terus. Hari itu sampai bernanah disebabkan jangkitan kuman. Selepas diberi antibiotik, barulah okey sikit. 
Kemudian saya terus pergi rujuk dengan doktor pakar gigi sebab tak tahan dengan masalah gigi anak. Anak saya tak ada makan gula-gula atau jajan seperti kanak-kanak yang lain. Dia hanya obses pada botol susu. Disebabkan manis susu itulah gigi dia terhakis. 
Penyelesaiannya, dia kena buat dental clearance untuk elak kuman dan supaya gigi kekal tumbuh dengan cantik dan sihat. Gigi anak digosok. Tetapi rezeki dia nak jadi macam ini, nak buat macam mana? Saya mampu buat begini kerana inilah jalan terbaik untuknya. 
Selepas pembedahan selama 3 jam, dia terus makan bubur dan minum seperti biasa. Tiada merengek atau menangis. Sangat-sangat bersyukur sebab dia sendiri tak tahan dengan gigi lama dia. Doakan saya istiqomah menjaga gigi anak nanti.


Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nMG7j0

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.