Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peluang V Shem-Wee Kiong Ulangi Kejayaan 2014 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peluang V Shem-Wee Kiong Ulangi Kejayaan 2014

PASANGAN bergu lelaki negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (kiri). – Foto Rosli Rahmat

KUCHING: Pemain beregu lelaki negara, Goh V Shem berupaya mengulangi pencapaian menjuarai kejohanan badminton Siri Super Premier Terbuka Malaysia yang kali terakhir dimenanginya pada 2014.

Jika ketika itu dia muncul juara bersama Lim Khim Wah, kali ini V Shem bersama Tan Wee Kiong, yang meraih pingat perak Sukan Olimpik Rio, memburu gemilang di kejohanan, bermula di Kuching, Selasa ini.

Bagi peminat, pertembungan yang dinantikan pastinya antara V Shem-Wee Kiong menentang juara Seluruh England, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo yang merampas kedudukan mereka sebagai pasangan nombor satu dunia.

Lebih menarik, pentas pertemuan untuk kedua-dua pasangan teratas ranking dunia itu adalah di pentas akhir, seandainya masing-masing dapat melepasi halangan awal mereka.

Menerusi undian yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), beregu utama negara itu diletak di undian atas dan akan membuka cabaran menentang pasangan yang layak daripada pusingan kelayakan, sebelum dijangka berdepan beregu Indonesia, Mohamad Ahsan-Rian Agung Saputro.

Seandainya mereka melepasi dua halangan awal, gandingan baharu China, Fu Haifeng-Zhang Siwei diramal menunggu di suku akhir, diikuti Chai Biao-Hong Wei di separuh akhir.

Marcus-Kevin yang berada di undian sebelah bawah pula akan membuka cabaran menentang pasangan Jepun, Hoki Takuro-Kobayashi Yugo.

Bagi beregu wanita, pasangan utama negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei akan membuka kempen menentang gandingan daripada pusingan kelayakan.

Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen pula akan menentang beregu Indonesia, Awanda Angia Shitta-Istarani Ni Ketut Mahadewi manakala satu lagi pasangan negara, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean akan berdepan lawan dari pusingan kelayakan.

Beregu campuran utama negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang menarik diri daripada separuh akhir Terbuka India semalam, akan berdepan Edi Subaktiar-Gloria Emanuelle Widjaya dari Indonesia di pusingan pertama.

Pasangan nombor dua negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing pula berdepan beregu Jepun, Kenta Kazuno-Ayana Kurihara manakala Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menentang Wang Yilyu-Huang Dongping dari China.

Terbuka Malaysia yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$600,000 (RM2.64 juta) diadakan di Stadium Perpaduan Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini, 4 hingga 9 April ini. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oplyef

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.