Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Dollah akui Pahang belum selesa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Dollah akui Pahang belum selesa

Jurulatih Pahang Dollah Salleh pada sesi latihan akhir sebelum pasukannya menentang Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur. – Foto BERNAMA

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh, mengakui kemenangan 3-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT), malam tadi belum menjamin tempat ke separuh akhir piala berprestij itu.

Ini kerana skuad Harimau Selatan mempunyai bekalan satu gol di Stadium Darul Makmur dan ia memberikan kelebihan kepada pasukan itu menjelang aksi suku akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

“Tidak ada istilah menang selesa walaupun kita menang. Jika pemain kami tidak beraksi dengan baik, kita percaya mereka (JDT) boleh mencipta kejutan apabila beraksi di sana nanti.

“Mereka ada bekalan yang penting iaitu gol di tempat lawan. Kita ada 90 minit lagi dan saya akan cuba pastikan semua pemain dapat memberikan fokus sepanjang latihan menjelang aksi suku akhir kedua itu,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Pahang menang hasil jaringan Ahmad Syamim Yahya (minit ke-13), Matheus Alves (m-46) dan Bright Dike (m-66), manakala gol tunggal JDT dijaringkan oleh Marcos Antonio (m-21).

Mengulas peluang dimiliki Pahang untuk ke peringkat seterusnya, Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, masih banyak ruang perlu diperbaiki pemainnya.

“Secara keseluruhannya, mereka sudah mempamerkan aksi yang baik, namun, masih ada banyak lagi yang kita kena buat sebelum bertandang ke sana.

“Saya tidak menafikan faktor sokongan padu penyokong Tok Gajah banyak membantu meningkatkan semangat pemain.

“Untuk aksi suku akhir kedua, saya harap pemain bersedia dari aspek mental dan fizikal kerana kita bukan saja berdepan dengan skuad Harimau Selatan, tapi bakal berdepan penyokong setia di gelanggang mereka,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nK4TyI

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.