Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Mora janji JDT bangkit di Larkin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Mora janji JDT bangkit di Larkin

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora. – Foto Mohd Azren Jamaludin

KUANTAN: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora belum mengaku kalah walaupun tewas 1-3 di tangan Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA malam tadi.

Baginya, perjuangan masih belum tamat kerana perlawanan masih berbaki 90 minit dan atas sebab itulah, misi skuad Harimau Selatan tidak pernah terpadam untuk mempertahan gelaran berprestij itu.

Katanya, beraksi di Larkin pastinya akan menambah keyakinan pemainnya untuk bangkit memburu kemenangan biarpun lawan mempunyai kelebihan dua gol.

“Saya percaya peluang JDT ke separuh akhir piala itu masih lagi terbuka, sekali gus mempertahankan kejuaraan musim lalu.

“Kekalahan itu tidak memadam misi kami kerana masih ada pusingan kedua dan kami akan beraksi di laman sendiri. Itu sudah pasti memberi kelebihan kepada kami,” katanya.

Mora mengakui beberapa kesilapan pemainnya menyebabkan JDT tewas 1-3 kepada tuan rumah walaupun mereka lebih banyak menguasai perlawanan, termasuk mempunyai peluang untuk menambah jaringan.

“Keputusan ini bukan penamat buat JDT kerana saya percaya kami akan bangkit untuk menyekat Pahang daripada layak ke separuh akhir,” katanya.

Pada perlawanan itu, gol tunggal JDT dijaringkan pemain import, Marcos Antonio manakala tiga gol Pahang, masing-masing satu dijaringkan oleh Ahmah Syamim Yahya, Matheus Alves dan Bright Dike.

Dengan berbaki 90 minit perlawanan, JDT wajib meraih kemenangan dua gol tanpa bolos ke atas skuad Tok Gajah untuk layak ke saingan separuh akhir.

Kelebihan beraksi di laman sendiri dengan sokongan padu penyokong sudah pasti memberi kelebihan kepada JDT manakala Pahang pula perlu lebih kental untuk kembali merampas Piala FA yang pernah mereka julang pada tahun 2014.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nsFY0R

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.