Kit Siang Jangan Perlekeh Minda Melayu – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Penasihat DAP Lim Kit Siang dinasihat tidak cuba memperlekeh dan memperdaya minda orang Melayu terhadap hakikat sebenar iaitu Pakatan Harapan dikuasai dan dimiliki oleh DAP.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bukan rahsia lagibahawa DAP adalah sebuah parti yang didominasi oleh kaum Cina dan Kit Siang tidak pernah memberi ruang kepada kaum Melayu.
“Justeru itu, Kit Siang perlu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan sebab DAP adalah anggota parti yang terbesar di dalam Pakatan Harapan.
“Jika Kit Siang melantik seorang Melayu menyandang jawatan Pengerusi Pakatan Harapan maka ternyata ini adalah satu muslihat untuk perdaya pengundi-pengundi Melayu.
“Kit Siang perlu mengambil jawatan Pengerusi Pakatan Harapan jika mahu membuktikan bahawa Pakatan Harapan sebenarnya bukan Pakatan Ali Baba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tan Sri Muhyiddin Yassin pernah mencadangkan nama Barisan Rakyat, namun tidak dipersetujui Kit Siang dan nama Pakatan Harapan dikekalkan.
Ia dilihat sifat Kit Siang yang dikatakan Ismail membuktikan DAP terlalu berkuasa dalam pakatan pembangkang.
Jelas Ismail lagi, Orang Melayu perlu sedar bahawa Kit Siang hanya mahukan undi orang-orang Melayu sebagai batu loncatan untuk menguasai Putrajaya.
“Selepas itu, Kit Siang akan mengunakan kuasa Putrajaya untuk memerintah sehingga ke anak cucu.
“Seorang diktator tetap akan menjadi seorang diktator,” tegasnya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2opEE3U✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment