Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sindiket bongkar pemerdagangan manusia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sindiket bongkar pemerdagangan manusia

ISU pemerdagangan manusia dilihat antara jenayah berkait rapat dengan kehidupan masyarakat seluruh dunia. Malah, sesiapa sahaja berisiko menjadi mangsa jika tidak dibendung.

Syarikat Loyal Studio Sdn Bhd mengambil inisiatif menerbitkan filem Sindiket memberi fokus terhadap jenayah pemerdagangan manusia yang berlaku di Malaysia.

Penerbitnya, Dini Dalillah Wan Nordin berkata, jenayah itu kurang didedahkan kepada masyarakat sedangkan kes itu benar-benar berlaku dan memberi kesan besar kepada negara.

“Saya sendiri tidak pernah tahu wujudnya jenayah ini sehingga berlaku kepada kenalan rapat. Dia jadi mangsa. Apa yang berlaku amat dahsyat. Saya yakin tidak ramai yang mengetahui ia benar-benar berlaku bukan sahaja di luar malah di negara kita sendiri.

“Saya ambil tanggungjawab ketengahkan jenayah pemerdagangan manusia bagi memberi kesedaran kepada masyarakat terutama orang muda supaya tidak menjadi mangsanya,” katanya kepada Media Hiburan.

Mengulas lanjut, Dini berkata, Sindiket arahan Bade Azmi itu tidak hanya ada elemen hiburan semata-mata malah mesej jenayah itu menjadi fokus utama filem tersebut diterbitkan.

“Sepanjang proses filem ini disiapkan, kita mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa yang sentiasa memberi rujukan dan juga kemudahan untuk penggambaran.

“Saya sendiri membuat kajian terhadap jenayah ini dengan bertemu beberapa mangsa sebelum perancangan filem ini  kerana mahu memberi impak kepada penonton,” katanya.

Sindiket mengisahkan Inspektor Rudy dari Unit khas D7 yang berusaha keras membanteras pemerdagangan manusia.

Kematian seorang gadis berusia 16 tahun memberi petanda baharu terhadap kumpulan yang menjalankan aktiviti sindiket pemerdagangan manusia yang sangat dikehendaki di Malaysia.

Pertempuran berlaku antara polis dan kumpulan berkenaan. Beberapa anggota kumpulan itu berjaya ditembak mati dan cedera, tapi ketua mereka, Galang berjaya melarikan diri dengan membawa bersama mangsa, antara mereka ialah Noreen, Amira dan Yanti.

Filem bergenre aksi itu juga menampilkan ramai pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Daphne Iking, Rashidi Ishak, Tony Eusoff dan Soo Wincci serta beberapa pelakon Indonesia.

Harapan Bade

Sementara itu, berkongsi mengenai pembikinan filem ini, Pengarah, Bade yang sebelum ini banyak menghasilkan filem aksi box-office berkata, filem ini menjalani penggambaran hampir 40 hari melibatkan Pulau Sebatik, Kalimantan, Indonesia dan Kundasang, Sabah.

Katanya, hanya satu babak melibatkan kereta menjunam ke dalam air menjadi cabaran apabila babak itu terpaksa dilakukan sekali lagi bagi mendapatkan hasil yang memuaskan.

“Penggambaran filem ini berlangsung pada 2013 dan ketika itu, saya sudah tujuh tahun tidak tampil dengan filem aksi.

“Jadi saya harap Sindiket keluar pada tahun sama kerana ketika itu saya tampil dengan kaedah berbeza yang lebih segar dan persembahan baru.

“Walaupun filem ini keluar tahun ini, saya harap masih relevan, apatah lagi ia masih jenayah kedua terbesar di dunia.

“Apa yang saya harapkan filem ini akan dapat menarik perhatian penonton ke pawagam,” jelasnya.

The post Sindiket bongkar pemerdagangan manusia appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nMHUEO

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.