Amukan Suami Gagal Malam Jumaat
Amukan Suami Gagal Malam Jumaat|JEMPOL – Seorang peneroka berusia 56 tahun bertindak ganas merosakkan barangan di rumahnya di Felda Palong 10, Gemas dekat sini gara-gara isterinya enggan melakukan hubungan suami isteri pada 30 Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd. Noor berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 malam itu, suspek turut bertindak melemparkan kata-kata ugutan ke atas wanita berusia 57 tahun tersebut.
“Sebelum kejadian suspek mengajak isterinya melakukan hubungan. Wanita itu tidak mahu berbuat demikian. Suspek bertindak keluar dari rumah dan mengamuk.
“Dia memecahkan pasu bunga dan akuarium di halaman rumah itu sambil berkata aku akan mati seorang diri,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Noorzainy berkata, isteri suspek kemudian membuat laporan polis di balai polis berhampiran pada pukul 10.52 pagi keesokannya.
Menurut beliau, isteri suspek memberitahu dia enggan melakukan hubungan itu dengan suaminya kerana lelaki itu telah memfailkan perceraian keatasnya.
Kata beliau, mangsa turut memaklumkan dia perlu hadir ke Mahkamah Syariah pada 3 April ini untuk urusan perceraian tersebut.
“Suspek telah diberkas dan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini,” katanya
The post Amukan Suami Gagal Malam Jumaat appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nsw3bF✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment