Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga Dibentang Esok - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga Dibentang Esok

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan membentangkan pindaan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Pindaan 2012) untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, esok.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pindaan akta itu bertujuan memberi keadilan menyeluruh kepada anggota keluarga yang mengalami penderaan bukan hanya secara fizikal, tetapi emosi dan psikososial.

“Contohnya, isu seperti mencuri kad pencen, isu melibatkan harta dan juga melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesejahteraan Emosi ‘Bridge To A Better Life’ di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) di sini, hari ini.

Rohani berkata keganasan rumah tangga pada masa ini bukan sahaja melibatkan isteri yang dikasari, malah ia boleh berlaku kepada suami, ibu dan bapa mertua serta ipar.

Terdahulu, Rohani meluangkan masa mengunjungi reruai Laman Wanita (LaWa) di perkarangan tempat letak kereta Matic, iaitu gerai jualan oleh usahawan-usahawan wanita yang diperkenalkan sejak awal Mac lepas.

Reruai LaWa terdiri daripada perkhidmatan mengurut kaki, menjual produk makanan dan kraftangan dibuka setiap hari minggu.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nNxBjN

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.