KAFA Perlu Lebih Serius Atasi Tunggakan Gaji Pemain
PRESIDEN kelab penyokong The Red Warriors (TRWKB) Kota Bharu, Mohd Zainy Mohd Zain. – Foto Norizuan Shamsuddin
KOTA BHARU: Kelab penyokong dan bekas pemain Kelantan memberi reaksi berbeza berhubung masalah tunggakan gaji membabitkan pemain skuad The Red Warriors (TRW).
Presiden Kelab Penyokong TRWKB, Mohd Zainy Mohd Zain, berkata hukuman tolak mata bakal memberi impak negatif terutama mempengaruhi prestasi Kelantan yang semakin konsisten sepanjang saingan Liga Super setakat musim ini.
“Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) sepatutnya lebih serius mencari jalan penyelesaian, bukan sekadar menghantar surat rayuan kepada Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP).
“Mereka perlu lebih agresif bagi mengelak TRW dikenakan sebarang tindakan.
“Konsortium Al Hamra yang menggabungkan tujuh syarikat sebagai penaja bersama TRW harus tampil membantu meringankan tanggungjawab ini terutama menyelesaikan bayaran gaji tertunggak untuk membolehkan pemain fokus terhadap perlawanan seterusnya menentang Pahang 8 April ini,” katanya.
Mohd Zainy berkata, setakat ini Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa sudah dilihat mengambil tindakan awal dengan menyuntik dana RM2 juta.
Sementara itu, bekas pemain Kelantan dan kebangsaan, Yassin Mohd Noor, berkata KAFA harus bertanggungjawab sepenuhnya menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain jika mahu sumbangan pemain terus konsisten.
Katanya, imej KAFA sedikit tercalar dengan pelbagai kontroversi yang menimpa persatuan itu, sekali gus bakal memberi impak negatif kepada pemain dan peminat negeri ini.
“KAFA wajar memberikan tumpuan kepada aspek kebajikan pemain jika mahu mengembalikan semula era kegemilangan negeri ini yang agak suram sejak akhir-akhir ini,” katanya.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nO2PqZ✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment