Koke bantu Atletico pintas Sevilla
KOKE meraikan jaringan gol pada perlawanan La Liga awal pagi tadi. -Foto AFP
MALAGA: Atletico Madrid memintas Sevilla di tempat ketiga La Liga selepas dua jaringan daripada Koke dan Filipe Luis memastikan kemenangan 2-0 ke atas Malaga, awal pagi tadi.
Bagaimanapun, Sevilla mampu kembali ke kedudukan itu jika menang ke atas Sporting Gijon pada aksi yang dijadualkan hari ini.
Keputusan itu turut menyaksikan Malaga kekal tanpa sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan di bawah kendalian jurulatih baharu, Michel dan hanya enam mata daripada zon penyingkiran.
Walaupun menguasai permainan, Malaga nyata masih gagal untuk menjelmakan jaringan pendahuluan sebaliknya Jorge Resurrección Merodio atau Koke terlebih dulu meletakkan Atletico di depan menerusi satu sepakan rendah pada minit ke-25.
Malaga turut memiliki peluang terbaik menjaringkan gol menerusi Sergio Gontán Gallardo atau Keko namun percubaan dilakukannya terlalu mudah untuk dinafikan penjaga gol lawan, Jan Oblak.
Sebaliknya, 16 minit sebelum aksi berakhir, pelawat lebih tenang untuk menjadikan kedudukan lebih selamat dan kali ini Filipe Luis bijak menyempurnakan peluang terhidang untuk gol kedua Atletico.
Dua pasukan teratas, Real Madrid dan Barcelona hanya akan turun malam ini, masing-masing melawan Alaves dan Granada.
AFP
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nY3xTf✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment