Chong Wei Tekad Hadiah Juara Kepada Rakan Baik
JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei. – Foto Rosli Rahmat
KUCHING: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei bertekad untuk menghadiahkan gelaran juara Terbuka Malaysia yang bermula pada Selasa ini kepada rakan baiknya, Yap Kiam Bun.
Kiam Bun yang juga bekas atlet gimnastik negara masih dalam keadaan bersedih selepas bapanya, Yap Ming Poo meninggal dunia kerana kanser, Rabu lalu.
Pemain nombor satu dunia, Chong Wei, berkata dia menganggap mendiang Ming Poo sebagai bapa kandungnya sendiri kerana jasanya yang banyak membantu ketika dia memulakan kerjaya sebagai pemain badminton apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga yang berada di Pulau Pinang.
“Saya sangat sedih apabila mendapat berita kematian ini dan tidak tahu nak gambarkan perasaan saya ketika itu. Saya dapat rasa apa yang dirasai Kiam Bun.
“Saya tahu apa yang dirasai Kiam Bun sekarang dan sebelum ini di Seluruh England juga saya mendapat berita sedih darinya apabila bapa mentuanya meninggal dunia.
“Ketika saya masih remaja, Kiam Bun mewakili Selangor dan ibu bapanya sering membawa saya ke rumah mereka setiap hujung minggu di Sekinchan.
“Saya tidak mempunyai ahli keluarga di Lembah Klang ketika itu dan mereka menganggap saya juga sebahagian dari keluarga mereka,” kata Chong Wei.
Chong Wei turut meluahkan kesedihannya kerana tidak dapat memberi penghormatan terakhir kerana berada di sini untuk mengharungi saingan Terbuka Malaysia dan berharap mampu muncul juara untuk dihadiahkan kepada mendiang bapa rakan baiknya itu.
Dia akan membuka tirai saingan menentang pemain England, Rajiv Ouseph, Rabu ini dalam aksi pusingan pertama kejohanan di Stadium Perpaduan Kuching.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nt2aYM✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment