Penerjun Pulang Tangan Kosong Dari Russia
NG Yan Yee. – Foto Yazit Razali
KUALA LUMPUR: Skuad terjun Malaysia menamatkan kempen Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Kazan, Russia tanpa sebarang pingat.
Dalam acara 3m papan anjal individu wanita hari ini, harapan terakhir negara untuk meraih pingat menerusi Ng Yan Yee, tidak kesampai selepas dia tersingkir daripada saingan ke peringkat akhir di Kazan Aquatic Palace.
Penerjun berusia 23 tahun itu berada di tangga kelima dan tempat terakhir separuh akhir B, selepas hanya mampu mengumpul 279.15 mata. Hanya tiga penerjun teratas layak ke pusingan akhir.
Pada Jumaat, pasangan penerjun Nur Dhabitah Sabri/Pandelela Rinong menamatkan saingan di kedudukan keempat dalam acara 10m platform wanita manakala dalam acara 3m papan anjal seirama, pasangan Yee/Nur Dhabitah di tangga kelima.
Pada pusingan akhir 10m platform individu wanita malam tadi, Nur Dhabitah di tangga kelima dengan 333.75 mata manakala pemenang pingat perak Olimpik Rio, Pandelela di tempat terakhir dengan 325.70 mata. – BERNAMA
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n0XZYM✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment