Gigi anak bernanah & terpaksa dibuang semua Disebabkan Susu
Gigi anak bernanah & terpaksa dibuang semua Disebabkan susu|Oleh kerana ramai sahabat-sahabat saya ‘pm’ dan WhatsApp saya bertanya kenapa anak sulung saya kena bedah buang semua gigi, jadi saya kongsi sedikit maklumat ya.
Anak saya suka tidur dengan botol susu sejak dari kecil lagi. Semasa dia berusia 6 bulan pun gigi dah tumbuh. Jadi, empat batang gigi bahagian atas memang rongak terus. Hari itu sampai bernanah disebabkan jangkitan kuman. Selepas diberi antibiotik, barulah okey sikit.
Kemudian saya terus pergi rujuk dengan doktor pakar gigi sebab tak tahan dengan masalah gigi anak. Anak saya tak ada makan gula-gula atau jajan seperti kanak-kanak yang lain. Dia hanya obses pada botol susu. Disebabkan manis susu itulah gigi dia terhakis.
Penyelesaiannya, dia kena buat dental clearance untuk elak kuman dan supaya gigi kekal tumbuh dengan cantik dan sihat. Gigi anak digosok. Tetapi rezeki dia nak jadi macam ini, nak buat macam mana? Saya mampu buat begini kerana inilah jalan terbaik untuknya.
Selepas pembedahan selama 3 jam, dia terus makan bubur dan minum seperti biasa. Tiada merengek atau menangis. Sangat-sangat bersyukur sebab dia sendiri tak tahan dengan gigi lama dia. Doakan saya istiqomah menjaga gigi anak nanti.
The post Gigi anak bernanah & terpaksa dibuang semua Disebabkan Susu appeared first on Eberita.org.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ooAb1i✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment