Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hajat nak kencing terbantut sebab kena rakam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hajat nak kencing terbantut sebab kena rakam

Hajat seorang wanita untuk membuang air kecil terbantut selepas seorang lelaki dikesan membuat rakaman ketika berada dalam tandas wanita dekat sebuah pasar raya di Bahau tengahari tadi.

Kejadian sekitar jam 12.45 tengahari, wanita berusia 21 tahun itu menyedari seperti ada cahaya dari bahagian bawah tandas sebelahnya seperti flash kamera.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa yang curiga dengan keadaan itu cuba melihatnya dengan teliti kemudian ternampak tangan yang sedang memegang telefon.

“Mangsa terkejut apabila aksinya didalam tandas dirakam (video). Berang dengan keadaan itu mangsa bertindak mengetuk pintu tandas tersebut, namun tiada respon.

“Seterusnya, mangsa menendang pintu tandas itu yang mana seorang lelaki berada didalamnya yang sedang memegang telefon bimbit,” katanya selepas mengesahkan laporan hari ini.

Noorzainy berkata, tanpa lengah mangsa merampas telefon tersebut lalu meluru keluar dengan menjerit meminta tolong. Suspek kemudiannya ditangkap oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

“Suspek berusia 33 tahun merupakan pemandu lori selepas diperiksa dia positif dadah jenis Methapitamine.

“Suspek sudah berkahwin dan siasatan lanjut mengenai kes ini masih diteruskan dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan / 511 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, insiden ini turut menjadi tular di laman Facebook yang dimuat naik oleh seorang pelayar.

The post Hajat nak kencing terbantut sebab kena rakam appeared first on Berita Viral.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nNsIaz

✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.