Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permit ditarik balik: Polis terima 18 laporan bantahan

KUALA LUMPUR: Dialog antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang dirancang diadakan pada 7 April dibatalkan atas faktor keselamatan, perlindungan hak dan kebebasan orang ramai, menurut polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata, setakat hari ini, polis telah menerima 18 laporan daripada individu di negeri ini yang membantah debat tersebut.

“Pihak polis telah menerima bantahan-bantahan iaitu sebanyak 18 laporan polis yang dibuat oleh orang awam dan penduduk sekitar kawasan perhimpunan akan diadakan.

“Mereka amat bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan, sambil menambah, ia merupakan bantahan dari pihak berkepentingan berdasarkan Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Risikan pihak polis menunjukkan ada pihak tertentu yang akan membuat kekacauan pada tarikh tersebut jika program ini diteruskan,” kata Mohd Fuad.

Beliau berkata pihaknya tidak saja fokus kepada keselamatan dan ketenteraman awam pada 7 April, tetapi melihat kepada ketenteraman awam dari sekarang dan selepas tarikh itu, sekiranya wacana tersebut diadakan.

Semalam, polis membatalkan kebenaran penganjuran debat itu yang dijadualkan diadakan di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Sebelum ini pada 25 Mac, debat antara kedua-dua tokoh politik itu di Padang Rengas, Perak turut dibatalkan atas faktor keselamatan.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nsFYhn

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.