Hi! Welcome Back and Stay Tune! Piala FA: Juil tetap puas hati aksi Sang Badak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Piala FA: Juil tetap puas hati aksi Sang Badak

PEMAIN Negeri Sembilan, Muhammad Izuan Mohd Salahuddin diasak pemain Sabah, Jenius Karib pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi. – Foto Lano Lan

KOTA KINABALU: Pengurus Sabah, Datuk Juil Nuatim, tetap berpuas hati dengan persembahan pemainnya walaupun kecundang 0-1 kepada Negeri Sembilan dalam aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, di sini, malam tadi.

Baginya, pemain menunjukkan peningkatan dengan corak permainan lebih meyakinkan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Jelius Ating.

“Secara keseluruhan, saya puas hati kerana mereka menunjukkan semangat juang tinggi. Kita mampu mengimbangi kekuatan lawan, cuma nasib tidak menyebelahi kita.

“Kita memang tahu kualiti dan kekuatan lawan terutama pemain import mereka tapi jika kita lihat aksi ini, (kekuatan) kita juga tidak jauh bezanya,” katanya selepas perlawanan malam tadi.

Perlawanan itu menyaksikan Negeri Sembilan membawa bekalan gol dari tempat lawan untuk aksi suku akhir kedua di Paroi nanti, hasil jaringan tunggal penyerang import, Marko Simic.

Walaupun sukar, Juil tetap percaya Sabah masih memiliki peluang untuk mencipta kejutan di suku akhir kedua di tempat lawan nanti.

“Ia memang sukar, tapi ini tidak bermakna kami akan mengalah. Kita akan bertemu dengan pasukan terkuat dalam liga dan ia di gelanggang lawan. Memang di atas kertas kita tidak memiliki peluang langsung.

“(Namun) dalam bola sepak apa saja boleh berlaku. Saya cuma harap pemain akan berjuang habis-habisan, keputusan adalah perkara lain…tiada apa yang perlu ditakutkan,” katanya.

Beliau juga yakin Jelius yang mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih sejak dua minggu lalu, mampu membantu pasukan berkenaan keluar daripada belenggu kekalahan.

“Ini adalah yang pertama baginya (Jelius) dan ia tidaklah begitu seteruk. Saya yakin pasukan ini akan terus meningkat dengan corak latihan serta permainan yang diterapkan Jelius,” katanya.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ow4cJ8

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.