Piala FA: NS Yakin Biarpun Menang Tipis Di Likas
KAPTEN Pasukan Liga Premier 2017 Negeri Sembilan, Mohd Nasriq Baharom. – Foto Iqmal Haqim Rosman
SEREMBAN: Negeri Sembilan (NS) menyifatkan peluang mereka untuk menempah tempat ke separuh akhir Piala FA musim ini tetap ada, biarpun menang tipis 1-0 ke atas Sabah pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, semalam.
Kapten pasukan, Mohd Nasriq Baharom berkata, bekalan satu gol daripada gelanggang lawan itu begitu bermakna buat mereka sebelum berdepan perlawanan penentuan di gelanggang sendiri, 21 April nanti.
“Kemenangan tipis satu gol tetap bermakna buat kami. Malah kelebihan jaringan di tempat lawan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk kami manfaatkan peluang untuk ke separuh akhir Piala FA musim ini.
“Apa yang penting kami menang dan dapat menyekat Sabah daripada menjaringkan gol. Ia satu keputusan yang baik hasil kerja keras semua rakan sepasukan yang dapat memastikan kami membawa pulang dengan kelebihan.
“Apapun, tugas kami belum selesai dan perlu membuat persiapan lebih rapi bagi memantapkan lagi persembahan menjelang pertemuan suku akhir kedua nanti,” katanya kepada BH Online.
Negeri Sembilan berpeluang melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas menang ke atas Sabah, 1-0, menerusi jaringan Marko Simic pada minit ke-25.
Mohd Nasriq akui pasukannya mempunyai rentetan peluang menambah jaringan terutama menerusi Bruno Suzuki dan Lee Andrew Tuck, namun banyak percubaan ke arah pintu gol lawan tersasar atau tiang serta palang gol menafikan peluang berkenaan.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2n1mqWa✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment