"Ambil Gambar Aiskrim Dekat Pantai Untuk Upload Ke Instagram, Sekali…." – Wanita Kongsi Detik Sedih Aiskrim Dimakan Burung
Tak tahu sebab apa, tapi ramai yang suka ambil gambar makanan, lepas tu muat naik di media sosial.
Tapi pengguna Twitter @youngweonhi, telah belajar mengambil gambar makanan di tempat terbuka boleh mendatangkan kekecewaan.
Sebelum menikmati ais krim yang dibelinya, @youngweonhi berhasrat mengambil gambar sempurna makanan terbabit untuk dikongsi di laman Instagram.
Namun, tempat yang dipilih oleh @youngweonhi untuk bergambar tidak kena – berdekatan pantai yang mempunyai banyak burung.
Tak sampai beberapa saat, seekor burung Seagull dengan cepat datang menyambar aiskrim terbabit.
@youngweonhi menulis di Instagram: “Kalau kamu nak gelakkan orang, boleh ambik detik saya hari ni…. “
Menurut @youngweonhi lagi, aiskrimnya itu jatuh ke dalam air.
Bagaimanapun, pelajar UCLA berusia 20 tahun itu berjaya mengambil foto sempurna aiskrim terbabit sebelum ia disambar.
Sumber: Twitter
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nYCeIv✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment