Hi! Welcome Back and Stay Tune! ARRC: Azlan Kembali Ke Podium SuperSports 600cc - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ARRC: Azlan Kembali Ke Podium SuperSports 600cc

PENUNGGANG Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman.

PASIR GUDANG: Penunggang Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman kembali menemui rentak podium apabila muncul naib juara Perlumbaan 2 kategori SuperSports 600cc pada pusingan pembukaan Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang berakhir di Litar Johor di sini, hari ini.

Selepas sekadar di tangga keempat pada Perlumbaan 1 semalam, penunggang pasukan Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu menebus kekecewaan untuk kembali ke atas podium di tangga kedua dengan catatan keseluruhan 24 minit 56.876 saat.

Pemenang saingan adalah Taiga Hada, 18, mewakili Rama Honda by NTS T Pro Ten 10 yang menamatkan 16 pusingan perlumbaan itu dengan masa 24’51.787s.

Tempat ketiga milik Irfan Ardiansyah (Astra Honda Racing Team) dengan 25’04.928s.

“Perlumbaan tadi agak sukar dan Taiga terlalu pantas,” akui Azlan yang juga juara keseluruhan SuperSports 600cc 2013 dan pemenang tempat ketiga keseluruhan musim 2016.

“Pada peringkat awal, saya cuba untuk mengejar, namun masuk ke pertengahan perlumbaan, tayar semakin haus dan sukar untuk mengawal jentera ketika di selekoh. Saya memilih jalan selamat memandangkan Taiga agak jauh di hadapan dan terpaksa berpuas hati di tempat kedua,” kata bekas penunggang Moto2 negara dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu.

Perlumbaan 16 pusingan itu menyaksikan beberapa insiden kemalangan membabitkan penunggang kelompok depan, termasuk Mohd Zaqhwan Zaidi yang menang Perlumbaan 1 apabila terjatuh pada pusingan kedua bersama Chalermpol Polamai (Yamaha Thailand Racing), sekali gus menyebabkan juara bertahan itu turun ke tangga ketiga keseluruhan dengan 25 mata.

Yuki Ito (Yamaha Racing) turut terbabas ketika sedang bersaing.

“Saya agak kecewa kerana kehilangan mata yang banyak dalam perlumbaan ini disebabkan kesilapan sendiri. Saya akan tebus kesilapan dan bangkit mengejar podium pada perlumbaan di Buriram, Thailand, dua minggu lagi,” kata Zaqhwan.

Selepas tamat dua perlumbaan, Taiga kini menguasai kedudukan keseluruhan dengan 45 mata manakala Azlan di tangga kedua dengan 33 mata.

Sementara itu, dalam saingan Asia Production 250cc, Gerry Salim (Astra Honda Racing) meneruskan aksi cemerlang untuk meraih kemenangan berganda, sekali gus menguasai kedudukan keseluruhan pelumba dengan maksimum 50 mata.

Gerry menamatkan perlumbaan 12 pusingan dengan masa keseluruhan 20’54.397s, menewaskan Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing) dan Takehiro Yamamoto (Sidrap Honda Ikazuchi Racing).

Kedua-dua penunggang itu terikat di tangga kedua keseluruhan dengan 36 mata.

Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia FIM akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 13 hingga 15 April 2017.

Keputusan Perlumbaan 2 ARRC:

SuperSports 600cc – Perlumbaan akhir (16 pusingan):

1. Taiga Hada (JPN) Honda 24’51.787s

2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 24’56.876s

3. Irfan Ardiansyah (INA) Honda 25’04.928s

4. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 25’08.480s

5. Ratthapong Wilairot (THA) Honda 25’09.529s

Kedudukan keseluruhan:

1. Taiga Hada (JPN) Honda 45 mata

2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 33 mata

3. Mohd Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 25 mata

4. Irfan Ardiansyah (INA) Honda 24 mata

5. Ahmad Yudhistira (INA) Kawasaki 22 mata

Asia Production 250cc – Perlumbaan akhir (12 pusingan):

1. Gerry Salim (INA) Honda 20’54.397s

2. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 20’56.112s

3. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 20’59.050s

4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 20’59.239s

5. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 21’04.636s

Kedudukan keseluruhan:

1. Gerry Salim (INA) Honda 50 mata

2. Anupab Sarmoon (THA) Yamaha 36 mata

3. Takehiro Yamamoto (JPN) Honda 36 mata

4. Rheza Danica Ahrens (INA) Honda 24 mata

5. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 22 mata

Underbone 150cc – Perlumbaan akhir (8 pusingan)

1. Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 14’52.561s

2. Wahyu Aji Trilaksana (INA) Yamaha 14’52.888s

3. Anggi Setiawan (INA) Yamaha 14’52.959s

4. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 14’53.368s

5. Md Muzakkir Mohamed (MAS) Honda 14’53.458s

Kedudukan Keseluruhan:

1. Md Akid Aziz (MAS) Yamaha 45 mata

2. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) Honda 33 mata

3. Tengku Amirul Haffirudin (MAS) Yamaha 24 mata

4. Md Haziq Md Fairues (MAS) Yamaha 23 mata

5. Md Helmi Azman (MAS) Yamaha 22 mata

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nwpRA4

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.