Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tragedi hari keluarga: Remaja mati lemas selepas dihanyut arus di Tanjung Bidara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tragedi hari keluarga: Remaja mati lemas selepas dihanyut arus di Tanjung Bidara

ALOR GAJAH: Keriangan program hari keluarga bertukar tragedi apabila seorang pelajar tingkatan empat ditemukan lemas selepas bermandi-manda di Pantai Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar 9 pagi, mangsa dari Sikamat, Seremban, Muhammad Hamdani Mohd Asri, 16,   bersama abangnya Redzuan Ariff, 24, sedang asyik bermandi-manda di pantai berkenaan sebelum kedua-dua mereka hanyut dibawa arus.

Bagaimanapun, Redzuan Ariff berjaya diselamatkan oleh orang ramai dan anggota keluarga.

Mayat adiknya yang lemas kemudian ditemui pukul 12.35 tengah hari selepas lebih kurang dua jam operasi  mencari dan menyelamat dijalankan dengan jarak hanya 20 meter dari pesisir pantai.

Menurut salah seorang saudara mereka, Mohd. Najib Kassim, 39, mereka menginap di pusat peranginan berhampiran sejak semalam untuk program hari keluarga.

Operasi mencari didijalankan oleh Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2ooBZag

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.