Semangat UiTM Melonjak Selepas Atasi MU
MUSTAZA Ahmad(kanan). – Foto Goh Thean Howe
MELAKA: Kejayaan UiTM FC menewaskan Melaka United (MU) 2-1 pada aksi persahabatan di Stadium Hang Jebat, malam tadi, memberi suntikan motivasi buat skuad terbabit untuk mengharungi baki saingan Liga Perdana musim ini.
Ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Amri Yahyah pada babak pertama, pelawat bangkit menyamakan kedudukan sebelum mendapat jaringan kemenangan pada penghujung episod kedua bagi mengecewakan lebih 1,000 penyokong tuan rumah.
Mustaza Ahmad berkata kemenangan itu jelas mendedahkan keperluan yang harus dipertingkatkan lagi bagi menghadapi baki saingan liga, terutama aspek pertahanan, tengah dan serangan.
Pun begitu, katanya, walaupun menundukkan skuad Liga Super itu, pemain tidak seharusnya mudah berpuas hati kerana saingan getir menanti mereka di pentas liga.
“Apapun kami akui ia melonjak moral pemain untuk lebih agresif selepas ini. Kami perlu bangkit dalam usaha meraih tempat yang lebih baik dalam Liga Perdana, sekali gus layak ke Piala Malaysia.
“Walaupun tanpa beberapa tonggak termasuk import Korea Selatan Do Dong-Hyun, keupayaan UiTM FC menewaskan MU seharusnya meletakkan kami di landasan tepat untuk berdepan PDRM di gelanggang sama, Jumaat ini,” kata Mustaza.
Sebelum ini UiTM FC tewas 0-4 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi pusingan ketiga Piala FA di Larkin, namun kekalahan itu jelas memberi pengajaran berguna buat pemainnya.
Malah Mustaza mengakui pemain UiTM banyak belajar sesuatu yang baharu daripada kelab ternama terbabit.
Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nwpSE8✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!
Post a Comment