Hi! Welcome Back and Stay Tune! Homoseksual Itu Fitrah, Binatang Pun Buat-Zurairi A.R - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Homoseksual Itu Fitrah, Binatang Pun Buat-Zurairi A.R

Homoseksual Itu Fitrah, Binatang Pun Buat-Zurairi A.R|Petaling Jaya: Penolong pengarang berita Malay Mail Online, Zurairi Abdul Rahman (A.R) menempelak masyarakat Melayu yang menolak perhubungan seks songsang sesama jantina sebagai bersifat ‘homophobia’ dan menolak fitrah semulajadi hidupan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Zurairi A.R juga menolak akan kemungkinan berlakunya sebarang malapetaka mahupun kemusnahan yang disebabkan oleh pelakuan seks songsang tersebut. Beliau mengemukakan pandangan tersebut di dalam tulisannya yang berjudul ‘It is homophobia that is unnatural’ yang disiarkan di laman blognya yang bermaksud “homofobia itu yang sebenarnya di luar fitrah”.

“Pelakuan homoseks boleh dilihat secara universal di hampir kesemua spesis, namun ‘homophobia’ hanya terlihat di satu spesis sahaja – manusia.

Kita hanyalah satu-satunya spesis yang mampu berfikir bahawa homoseksualiti adalah sesuatu yang bukan bersifat semulajadi, tetapi juga merupakan punca segala jenis kejahatan dan kemusnahan,” katanya.

Zurairi mendakwa pelakuan seks sumbang sesama jantina adalah normal di kalangan pelbagai jenis hidupan lain, namun homo sapiens seperti NGO-NGO Melayu yang konservatif dan ahli politik mendesak pelaku-pelaku seks sumbang tersebut dihumban di pusat pemulihan dan mahu menghapuskan golongan LGBT daripada negara ini.

“Pelbagai spesis seperti dolfin hidung botol, burung angsa hitam, penguin, lalat buah, dan mawas bonobo memperlihatkan sifat biseksual dan homoseksual. Homo sapien seperti NGO-NGO Melayu konservatif dan beberapa ahli politik mendesak kerajaan mereka untuk menghumban golongan seks sesama jantina di pusat-pusat pemulihan dan menghapuskan LGBT daripada permukaan negara kita,” menurut Zurairi.

Zurairi sebelum ini pernah menyalahkan idea lapuk ketinggalan zaman iaitu kepercayaan-kepercayaan yang masih dianuti oleh orang tua yang mahu dipaksakan ke atas orang lain menjadi penyebab masyarakat umum Malaysia menolak pelakuan seks sumbang tersebut. Oleh itu beliau mahukan agar anak-anak dididik supaya dapat meraikan LGBT, dan menganggap pelakuan seks sumbang itu sebagai normal.

Zurairi berkata, “Dunia sudah berubah. Generasi akan datang tidak lagi terikat dengan idea-idea lapuk yang masih dipegang oleh orang-orang tua yang mahu memaksa kepercayaan-kepercayaan mereka ke atas orang lain. Dan kita sebagai ibu bapa hendaklah mengambil cabaran ini untuk turut maju.

” Dengan tegas dan yakin Zurairi menolak kemungkinan akan berlaku malapetaka atau kemusnahan di negara ini sebagai balasan Tuhan ke atas perbuatan seks sumbang sesama jantina sepertimana yang berlaku pada kaum Nabi Lut yang tertulis di dalam kitab-kitab agama Samawi. “Kerosakan yang bagaimana sebenarnya?

Golongan LGBT sudah wujud buat jangka masa yang lama, dan kita masih belum pernah lagi melihat Malaysia dihancurkan oleh gempa yang berkadaran sama dengan yang berlaku di Sodom (kaum Nabi Lut). Elok sahaja jika kita salahkan golongan gay sebagai penyebab Tanah Melayu berulang kali dijajah oleh Belanda, Portugis, British dan Jepun. Kenapa berhenti sekadar itu? Mari kita dakwa bahawa dinosaur-dinosaur telah dihapuskan kerana dinosaur-dinosaur itu gay,” tegas beliau.www.menara.my

The post Homoseksual Itu Fitrah, Binatang Pun Buat-Zurairi A.R appeared first on Eberita.org.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nwxHJZ

✍ Sumber Pautan : ☕ Eberita.org


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.