Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tok Gajah Disiasat Tiada Semangat Kesukanan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tok Gajah Disiasat Tiada Semangat Kesukanan

PEMAIN Pahang Jaewon Heo diasak pemain Johor Darul Takzim (JDT) Mohamad Fadhli Mohd Shas pada perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur. Kedudukan penuh Pahang 3-1 JDT. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pahang bakal dikenakan tindakan sekiranya dakwaan ia tidak mempamerkan semangat kesukanan ketika aksi suku akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Makmur semalam, benar.

Penganjur Liga Malaysia (Liga-M), Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), dalam kenyataan hari ini, berkata pihaknya akan menyiasat perkara itu sebelum mengambil sebarang keputusan.

Pahang dikatakan tidak memainkan lagu rasmi negeri Johor dan tidak membenarkan penyokong pelawat memasuki Stadium Darul Makmur di Kuantan pada perlawanan itu.

Selain itu, fasiliti media yang disediakan juga dikatakan tidak mencapai standard minimum pertandingan.

“FMLLP akan mendapatkan laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan serta pegawai yang terbabit dan akan membuat siasatan terhadap perkara ini. Jika terbukti dakwaan ini benar, FMLLP akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini kerana tiada tempat dalam Liga-M di era baharu ini bagi mereka yang tidak mengamalkan semangat kesukanan kepada pasukan dan penyokong pelawat,” menurut kenyataan itu.

Pada aksi malam tadi, skuad Tok Gajah kendalian Dollah Salleh membenam juara bertahan, JDT 3-1, dengan aksi timbal balik akan diadakan pada 23 April di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. – BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2oMSA3R

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.