Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib Ke Jaipur Teroka Peluang Pelaburan Bagi Syarikat Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib Ke Jaipur Teroka Peluang Pelaburan Bagi Syarikat Malaysia

JAIPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkunjung ke Rajasthan hari ini untuk meninjau penyertaan Malaysia dalam projek infrastruktur di India dan meneroka peluang pelaburan.

Diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, perdana menteri tiba di Jaipur pada 11.23 pagi dari New Delhi, selepas mengadakan pertemuan yang berhasil bersama rakan sejawatan beliau, Narendra Modi, pada Sabtu.

Delegasi beliau turut dianggotai Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Dalam lawatan ringkas itu, Najib bertemu Ketua Menteri Rajasthan, Vasundhara Raje Scindia di Taj Rambagh, yang sebelum ini merupakan istana Maharaja Jaipur.

Beliau kemudian menghadiri perbincangan peringkat tertinggi berhubung pencapaian syarikat Malaysia dalam projek infrastruktur dan peluang pelaburan di negeri itu.

Difahamkan syarikat dari Malaysia membida bagi beberapa projek lebuh raya di Rajasthan, negeri terbesar di India dan bersempadan dengan Pakistan.

Dalam sidang akhbar bersama Najib di New Delhi semalam, Modi mempelawa syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan yang luas, termasuk cadangan India untuk mewujudkan 100 bandar raya pintar dan pelbagai projek infrastruktur.

— BERNAMA

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2op64Xu

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.