Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sekumpulan Remaja Masih Tidak Serik Berbasikal, Berkumpul Jam 3 Pagi Di Johor Bahru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sekumpulan Remaja Masih Tidak Serik Berbasikal, Berkumpul Jam 3 Pagi Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Masih tidak serik!

Selepas hampir dua bulan kemalangan maut yang melibatkan lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam di sini, masih terdapat sekumpulan remaja yang berkumpul sesuka hati di lokasi sama untuk aktiviti perlumbaan menggunakan basikal yang diubah suai.

Susulan itu, polis menahan 22 remaja di lokasi berkenaan pada jam 3 pagi Ahad kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan.

Daripada jumlah tersebut, 14 merupakan penunggang basikal dan lapan adalah penonton berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dua daripada jumlah keseluruhan yang ditahan adalah remaja perempuan.

“Kita hairan, tempat di mana berlakunya kemalangan maut yang meragut lapan nyawa rakan-rakan mereka, mereka masih lagi berkumpul di kawasan itu. Untuk tujuan apa?

“(Lokasi itu) di kawasan bukit, di tempat yang gelap, di depan kubur, pukul 3 pagi untuk tujuan apa? Sempena April Fool?

“Jadi, ini yang kita hairan. Kita memang memantau tapi di manakah suara-suara yang selama ini yang menjadi pembela masyarakat yang mendidik remaja kita ini?” kata Sulaiman.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Daerah Johor Bahru Selatan.

Jelasnya, hasil Ops Gempur itu, polis mengesan aktiviti sekumpulan basikal yang diubah suai.

Kesemua remaja dibawa ke balai cawangan Trafik IPD Johor Bahru Selatan untuk siasatan lanjut dan 14 saman dikeluarkan mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Manakala tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan di bawah Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-Kaedah Lalulintas 1959.

Kesemua mereka telah diserahkan kepada penjaga atau ibu bapa selepas sesi kaunseling.

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2op9qJX

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.