Hi! Welcome Back and Stay Tune! Chelsea perlu bangkit: Conte - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Chelsea perlu bangkit: Conte

CHELSEA tewas 1-2 kepada Crystal Palace, malam tadi. – Foto Reuters

LONDON: Antonio Conte akur, kekalahan mengejut Chelsea 1-2 kepada Crystal Palace malam tadi kembali membuka ruang kepada perebutan gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL), musim ini.

Skuad bimbingan Conte memulakan perlawanan dengan kelebihan 10 mata di puncak liga dan menang 13 perlawanan di Stamford Bridge.

Namun, gol jaringan Wilfried Zaha dan Christian Benteke mengejutkan Chelsea ketika pasukan di tangga kedua, Tottenham menang ke atas Burnley sekali gus menyaksikan kelebihan Chelsea kini hanya tinggal tujuh mata dengan baki sembilan perlawanan.

Bos The Blues, Conte akui perebutan gelaran masih terbuka dan pemainnya perlu segera bangkit ketika menanti kunjungan Manchester City, pada perlawanan pertengahan minggu ini.

“Di satu pihak, ia keputusan yang bagus. Ia menjadikan saingan semakin menarik…kejuaraan,” kata Conte.

“Bagaimanapun, saya selalu katakan, liga hanya akan berakhir apabila kamu cukup yakin sudah menang secara matematik.

“Jika tidak, kamu mesti beraksi setiap perlawanan dan cuba untuk menang. Saya ulangi, di England, tidak wujud istilah perlawanan mudah,” katanya.

Dalam perlawanan malam tadi, Cesc Fabregas meletakkan Chelsea di depan selepas lima minit perlawanan, tetapi Zaha menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Benteke kemudiannya memberikan Palace kelebihan apabila menjaringkan gol kedua pasukannya pada minit ke-11 perlawanan.

Zaha – pemain sayap Ivory Coast mempamerkan prestasi luar biasa dan begitu cemerlang. Pengurus Palace, Sam Allardyce percaya pemainnya itu kini dalam proses mengeluarkan segala potensi miliknya di tengah padang.

“Dia merasakan dirinya cukup bagus. Ketika ini, ia adalah soal prestasi cemerlang yang konsisten,” katanya.

AFP

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nJFxAV

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.