Hi! Welcome Back and Stay Tune! ARRC: Md Akid Juara Perlumbaan 2 Underbone 150cc - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ARRC: Md Akid Juara Perlumbaan 2 Underbone 150cc

PENUNGGANG Uma Racing Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz (tengah) menjuarai kategori 150cc ketika Kejohanan Asia Road Racing Championship (ARC) 2017 di Litar Johor, Pasir Gudang. – Foto Hairul Anuar Rahim

PASIR GUDANG: Penunggang negara, Md Akid Aziz bangkit menebus kehampaan Perlumbaan 1 untuk muncul juara saingan Perlumbaan 2 Kelas Underbone 150cc pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, di sini, hari ini.

Pada Perlumbaan 1 semalam, dia yang mewakili pasukan UMA Racing Yamaha Maju Motor sekadar menamatkan saingan di tempat kedua selepas tewas kepada Fakhrusy Syakirin Rostam.

Md Akid bangkit pada Perlumbaan 2 hari ini dengan catatan 14 minit 52.561 saat

Kemenangan itu juga tampak manis selepas berjaya mengenepikan dua pencabar dari Indonesia, Wahyu Aji Trilaksana yang menduduki tempat kedua dengan masa 14:52.888 saat dan Anggi Setiawan (14:52.959 saat).

“Amat teruja dengan pusingan pertama ini kerana dua kali saya menaiki podium apabila pada Perlumbaan 1 hanya menduduki tempat kedua dan Perlumbaan 2 saya muncul juara.

“Saya melakukan dua kesilapan ketika berbaki empat pusingan dan dua pusingan namun kembali menunggang dengan konsisten dan berjaya memintas semula Wahyu Aji, Anggi dan Tengku Amirul Haffiruddin yang begitu agresif.

“Ini pembabitan pertama saya dalam perlumbaan Asia dan akan cuba yang terbaik bagi memburu kemenangan seterusnya pada perlumbaan Pusingan 2 ARRC di Litar Buriram, Thailand, pertengahan April ini,” kata Md Akid.

Sementara itu, juara bertahan, Wahyu Aji tetap lega menamatkan perlumbaan di tempat kedua selepas gagal mengutip sebarang mata pada Perlumbaan 1, semalam apabila terjatuh pada pusingan kelima.

Dia yang berlumba untuk pasukan Yamaha Racing Indonesia bertekad bangkit pada pusingan kedua di Thailand nanti dalam usaha untuk menafikan penguasaan Md Akid.

“Nasib tidak menyebelahi saya ketika Perlumbaan 1 selepas berlanggar dengan Anggi namun saya amat lega kerana menamatkan Perlumbaan 2 di tempat kedua.

“Kelibat Md Akid yang pertama kali bersaing dalam perlumbaan ini tampak cukup hebat dan dia adalah pelumba muda yang meningkat dan bakal beri cabaran pada Pusingan 2 nanti,” kata Wahyu Aji.

Keputusan Underbone 150cc:

1. Md Akid Aziz (MAS) UMA Racing Yamaha Maju Motor 14:52.561

2. Wahju Aji Trilaksana (INA) Yamaha Racing Indonesia 14:52.888.

3. Anggi Setiawan (INA) Yamaha Yamalube WR KYT TJM RACETECH 14:52.959

4. Tengku Amirul Haffiruddin (MAS) RCB KAGE Motobatt Yamaha YY Pang 14:53.368.

5. Md Muzakkir Mohamed (MAS) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 14:53.458

Pungutan Mata Pusingan Pertama

1. Md Akid Aziz (MAS) 45 mata

2. Fakhrusy Syakirin Rostam (MAS) 33 mata

3. Tengku Amirul Haffiruddin (MAS) 24 mata

4. Md Haziq Md Fairues (MAS) 23 mata

5. Md Helmi Azman (MAS) 22 mata

Untuk meneruskan bacaan klik link ini http://bit.ly/2nwjyg5

✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli


(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Enjoy dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.